Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Yayasan Rizalman Ibrahim bina surau bernilai RM1.5 juta
  • NASIONAL

Yayasan Rizalman Ibrahim bina surau bernilai RM1.5 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago

KUALA LUMPUR: Pada Ramadan tahun ini,  penduduk Taman Merbau Jaya, Sungai Dua di Pulau Pinang berpeluang menunaikan ibadah dengan lebih selesa apabila surau baharu bernilai RM1.5 juta yang dibina sepenuhnya oleh Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI) mula beroperasi.

Pengasas yayasan itu yang juga pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim berkata Surau Ar-Rijal itu dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang berkeluasan kira-kira 0.16 ekar (0.065 hektar) dan dianggarkan mampu menampung hingga 350 jemaah pada satu-satu masa.

Beliau berkata kawasan itu dipilih berikutan keperluan penduduk setempat yang sebelum ini terpaksa menempuh jarak agak jauh untuk ke masjid berhampiran.

Beliau berkata pembinaan surau yang bermula pada 15 November 2024 dan siap sepenuhnya pada akhir Disember 2025 itu membawa makna besar kepadanya kerana tidak pernah menyangka akan terlibat dalam usaha membangunkan rumah ibadah untuk komuniti setempat.

“Saya sendiri tidak pernah terfikir akan terbabit dalam pembinaan rumah Allah di kawasan ini. Namun Allah permudahkan segala urusan dan saya sangat bersyukur,” katanya kepada Bernama.

Rizalman berkata keseluruhan kos pembinaan dikumpulkan hasil sumbangan berterusan para penderma kepada yayasan berkenaan, termasuk sumbangan wakaf peribadi beliau sendiri.

Katanya kejayaan pembinaan Surau Ar-Rijal membuktikan bahawa kesungguhan, keikhlasan serta kepercayaan masyarakat mampu merealisasikan projek kebajikan yang memberi manfaat jangka panjang kepada komuniti.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada semua penderma, sukarelawan dan penduduk setempat yang terlibat, atas komitmen dan sokongan yang diberikan sehingga projek itu dapat disiapkan seperti dirancang.

Selain pembinaan surau, Yayasan RI yang ditubuhkan pada 2020 turut menyalurkan bantuan kepada  asnaf, ibu tunggal, warga emas dan pesakit, serta membantu golongan kurang berkemampuan untuk menunaikan umrah. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan tegas selamatkan negara daripada rasuah, salah guna kuasa – Anwar
Next: Salah guna Pas Lawatan Sosial warga asing sedikit meningkat – Saifuddin Nasution

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.