Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Yayasan Pelabuhan Bintulu bantu 100 asnaf sempena Ramadan
  • Utara
  • WILAYAH

Yayasan Pelabuhan Bintulu bantu 100 asnaf sempena Ramadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
MASLIHAH Tioh menyampaikan sumbangan kepada penerima semasa majlis Jalinan Kasih Ramadan: Iftar Bersama Stakeholders di sebuah hotel semalam.

BINTULU: Yayasan Pelabuhan Bintulu menyalurkan bantuan kewangan kepada 100 golongan asnaf daripada 17 kampung sekitar Bintulu sempena majlis Jalinan Kasih Ramadan: Iftar Bersama Stakeholders, yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Melalui sumbangan tersebut, setiap penerima menerima bantuan wang tunai sebanyak RM200 bagi membantu meringankan beban mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Pengurus Besar Group Stakeholder Relations Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB), Maslihah Tioh berkata, majlis berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dalam membantu golongan yang memerlukan.

Menurutnya, program tersebut turut menjadi platform untuk menghimpunkan para pemegang taruh termasuk wakil agensi kerajaan, rakan industri, pengguna pelabuhan serta komuniti setempat.

“Penganjuran program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada kita untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, malah mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara BPHB dan para pemegang taruh,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Pada majlis yang sama, Yayasan Pelabuhan Bintulu turut menyampaikan 50 set telekung kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Bintulu.

Selain itu, sumbangan berjumlah RM8,000 turut disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Bahagian Bintulu bagi menyokong usaha kebajikan yang dilaksanakan oleh pertubuhan berkenaan.

Majlis tersebut turut dihadiri wakil agensi kerajaan, rakan perniagaan, pengguna pelabuhan, ketua masyarakat serta pengamal media.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: OKU hilang di Kampung Opar ditemui selamat
Next: Asap ‘fogging’ disangka kebakaran cetus kekecohan di Hotel Bintangor

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.