Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • YAPEIM peruntuk RM1.2 juta bantu 7,700 pelajar seluruh negara sempena Ramadan  
  • SEMASA

YAPEIM peruntuk RM1.2 juta bantu 7,700 pelajar seluruh negara sempena Ramadan  

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM Ameer Ali Vali Mohamed

KUALA LUMPUR: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) memperuntukkan RM1.2 juta untuk program Ramadan MADANI YAPEIM bagi membantu 7,700 pelajar yang memerlukan di lebih 20 lokasi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Pengarah YAPEIM Ameer Ali Vali Mohamed berkata penerima bantuan terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah rendah dan sekolah menengah daripada keluarga miskin tegar serta B40 yang sebahagiannya mendapat manfaat daripada program Didik MADANI YAPEIM yang diadakan akhir tahun lepas.

“Tuan rumah program Ramadan MADANI YAPEIM termasuk 10 universiti, lima politeknik dan tiga institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ameer Ali berkata antara institusi terlibat ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang.

Beliau berkata program Ramadan MADANI YAPEIM bertujuan membantu pelajar yang memerlukan melalui sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anugerah Tandas Terbaik dijadikan acara tahunan kebangsaan – Nga
Next: UPKK 2024: 22,351 calon dapat 9A

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.