
SEOUL: Pelawak terkenal Korea Selatan, Yang Se Chan, mendedahkan bahawa beliau masih menjalani rawatan untuk kanser tiroid, meskipun telah didiagnosis lebih 12 tahun lalu.
Pendedahan itu dibuat dalam rancangan Problem Child in House, yang mana Se Chan berkongsi pengalaman awal disahkan menghidap kanser tiroid jenis papilari ketika menjalani pemeriksaan kesihatan bersama rakan-rakan pelawaknya.
Menurut Se Chan, antara petanda awal yang dialaminya ialah keletihan melampau, yang akhirnya mendorong beliau untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Beliau juga memaklumkan bahawa sehingga kini, masih perlu bergantung kepada ubat bagi mengawal keadaannya.
Walaupun berusaha mengamalkan gaya hidup sihat, Se Chan secara berseloroh mengakui bahawa usahanya itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum kembali kepada tabiat lamanya. – Agensi