Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Yang di-Pertuan Agong  berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari
  • NASIONAL

Yang di-Pertuan Agong  berangkat tiba di Labuan untuk lawatan tiga hari

Utusan Sarawak 2 years ago

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba di Lapangan Terbang Labuan hari ini untuk lawatan tiga hari ke Wilayah Persekutuan Labuan. FotoBERNAMA

LABUAN: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba untuk lawatan tiga hari di sini, hari ini.

Seri Paduka Baginda berdua berserta pengiring tiba di Lapangan Terbang Labuan pada 11.00 pagi dengan pesawat khas dan disambut meriah.

Pasangan diraja disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Seri Rosida Jaafar, Panglima Wilayah Udara 2 TUDM Datuk Wan Amin Hafiz Wan Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail dan Ketua Polis Labuan Supt Ahmad Jawila.

Turut hadir ketua-ketua jabatan kerajaan. 

Al-Sultan Abdullah dijadual merasmikan pembukaan Masjid Al Sultan Abdullah di Kampung Sungai Bedaun dan menunaikan solat Jumaat bersama penduduk kampung di masjid itu.

Seri Paduka Baginda turut dijadualkan melawat Bazar Ramadan di Labuan Walk di pusat bandar, sebelum berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Jamek An Nur.

Esok (Sabtu) Yang di-Pertuan Agong dijadualkan untuk menyaksikan penyerahan Rumah Asnaf Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Taman Ganggarak Permai.

Pasangan diraja dijadualkan untuk bertemu rakyat menerusi program lawatan ke sekitar Labuan dan menyertai majlis berbuka puasa bersama ketua-ketua jabatan di Dorsett Grand Labuan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Lapan inisiatif SSM bantu pemulihan ekonomi negara
Next: Panda Yi Yi, Sheng Yi dihantar pulang ke China Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.