Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan negara
  • NASIONAL

Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Rusia untuk lawatan negara

Utusan Sarawak 9 hours ago
LAWATAN…..Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia pagi tadi untuk Lawatan Negara bermula esok hingga 10 Ogos ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SUBANG: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia pagi tadi untuk Lawatan Negara bermula esok hingga 10 Ogos ini atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

Seri Paduka Baginda melakar sejarah sebagai Ketua Negara Malaysia pertama mengadakan Lawatan Negara ke Rusia sejak tertubuhnya hubungan diplomatik pada 1967.

Pesawat khas yang membawa Seri Paduka Baginda berlepas dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, pada 8.55 pagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hadir untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Sultan Ibrahim.

LAWATAN…..Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke Rusia pagi tadi untuk Lawatan Negara bermula esok hingga 10 Ogos ini. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Menteri Luar Datuk Mohamad Hasan, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Kesihatan Datuk Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. 

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris serta Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail turut hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda.

Sebelum berangkat, Seri Paduka Baginda menerima tabik Hormat Diraja daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja dengan diiringi tembakan meriam 21 das dan lagu Negaraku.

Sultan Ibrahim dijadual tiba di Moscow pada Selasa dan akan disambut dalam Istiadat Sambutan Negara di Kremlin pada Rabu sebelum mengadakan pertemuan rasmi bersama Putin serta menghadiri Majlis Santapan Negara yang dihoskan oleh Presiden Rusia itu.

Pada 8 Ogos, Sultan Ibrahim akan berangkat ke Kazan, bandar kelima terbesar di Rusia, dan berkenan menerima menghadap Rais Republik Tatarstan Rustam Minnikhanov dan kedua-dua pihak dijangka membincangkan potensi kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, industri halal serta teknologi pertanian.

Rusia merupakan rakan perdagangan kesembilan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Eropah dan ke-28 di peringkat global dengan nilai dagangan dua hala mencecah RM11.46 bilion pada 2024.

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, jumlah perdagangan Malaysia-Rusia direkodkan sebanyak RM4.13 bilion.

–Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PJRM, pendapatan boleh guna antara strategi utama tangani kos sara hidup 
Next: Data PADU diguna sepenuhnya bagi mekanisme penyasaran subsidi petrol RON95

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.