Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Yang di-Pertua Negeri terima kunjungan hormat SABATI
  • TEMPATAN

Yang di-Pertua Negeri terima kunjungan hormat SABATI

Utusan Sarawak 5 years ago
TUN Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib (tiga kanan) merakam kenangan selepas menerima kunjungan hormat daripada SABATI yang diketuai Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang (dua kiri) di Jalan Demak, Bako, Kuching semalam.

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerima kunjungan hormat daripada Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) di kediamannya Jalan Demak, Bako, di sini, semalam.

Kunjungan yang diketuai isteri Ketua Menteri merangkap Presiden SABATI, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan terkini projek pembangunan Wisma SABATI yang dijangka siap pada pertengahan tahun 2021.

Projek Wisma SABATI yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan tahun ini bakal dilengkapi dengan tiga blok utama iaitu dewan serbaguna, pentadbiran dan auditorium.

SABATI ialah sebuah persatuan yang berdaftar bertujuan menjalankan kerja-kerja amal untuk membantu mengurangkan kemiskinan, memberi bantuan kepada warga emas, memajukan pendidikan, kebudayaan, sukan dan agama.

Turut hadir isteri Timbalan Ketua Menteri, Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Puan Sri Sri Connie Masing dan Datin Dr Zaliha Abdullah yang juga Setiausaha Kehormat SABATI.

Continue Reading

Previous: Larangan rentas daerah masih dipertimbang
Next: Dakwaan pembangkang tidak benar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.