Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Yamal ledak hatrik, Barca kian selesa
  • SUKAN

Yamal ledak hatrik, Barca kian selesa

Utusan Sarawak 4 hours ago

Lamine Yamal meraikan hatrik sensasi ketika Barcelona menewaskan Villarreal 4-1 di Camp Nou. Foto AFP

BARCELONA: Bintang muda Barcelona, Lamine Yamal meledak hatrik pertama karier ketika membantu pasukannya membelasah Villarreal CF 4-1 sekali gus melebarkan jurang empat mata di puncak La Liga.

Pemain berusia 18 tahun itu menjaringkan dua gol pada babak pertama sebelum melengkapkan hatrik selepas rehat, manakala Robert Lewandowski menambah gol keempat. 

Kemenangan itu meletakkan Barca di depan pencabar terdekat, Real Madrid.

Yamal turut mencipta rekod sebagai pemain termuda menjaringkan hatrik La Liga abad ke-21 pada usia 18 tahun 230 hari.

Sementara itu, Atletico Madrid naik ke tangga ketiga selepas gol minit ke-94 Julian Alvarez menghadiahkan kemenangan 1-0 ke atas Real Oviedo. – AFP

Continue Reading

Previous: ‘Set-piece Liverpool kembali normal’ – Slot

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.