Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Yakin SOP dipatuhi sepenuhnya
  • SUKAN

Yakin SOP dipatuhi sepenuhnya

Utusan Sarawak 5 years ago
DR. ONG…CEO SSC.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee yakin atlet dari persatuan sukan yang diberi kebenaran memulakan sesi latihan bermula 15 Jun ini mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Dr Ong, beliau percaya tidak timbul sebarang masalah kepada atlet mahupun jurulatih serta pegawai terlibat untuk mempraktikkannya meneliti langkah-langkah yang perlu diamalkan bagi tujuan tersebut.

“Panduan SOP yang perlu diamalkan agak mudah dan saya  percaya mudah bagi atlet, jurulatih serta pegawai terlibat untuk melaksanakannya apabila sesi latihan bermula,” ujar Dr Ong ketika mengulas mengenai perkara itu.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (SSC) memberitahu, antara SOP utama yang perlu dipatuhi tiga kelompok individu berkenaan mahupun sebelum bermula dan selepas latihan ialah pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial semasa latihan, tidak boleh berkongsi peralatan,  tidak menyentuh muka hitung atau mata mereka semasa latihan.

“Semua peralatan persendirian perlu disanitasi termasuk tangan setiap atlet, jurulatih dan pegawai.

“Atlet tidak dibenarkan berkumpul sebelum dan selepas latihan. Tandas dan bilik persalinan juga ditutup untuk mengelakkan penghimpunan rapat dalam bilik yang sempit,” tambah beliau.

Sambil menyatakan, para atlet, jurulatih mahupun pegawai perlu mengamalkan kebersihan diri dengan terus manda dan menukar pakaian sebaik tiba dirumah.

“Atlet perlu mengikuti norma baru yang telah ditetapkan ketika sesi latihan dan harus lebih berdisiplin,” tegas Dr Ong yang turut mengambil contoh ada sukan yang sudah mula menjalani latihan seperti golf, memanah dan tenis yang turut berjaya mengikuti SOP dan panduan diberikan pihak KKM dan MKN.

Oleh Faizal Bujang

Continue Reading

Previous: Silva akan tinggalkan Paris SG
Next: Hazard, Suarez jadi ‘talian hayat’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.