URUMQI: Perjanjian saling mengecualikan visa antara China dengan Georgia berkuat kuasa, semalam.
Pada 7.35 pagi hari berkenaan, penerbangan CZ6040 dari Tbilisi, ibu negara Georgia selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi. Ini juga penerbangan sulung dari Georgia yang menikmati dasar pengecualian visa.
Penguatkuasaan perjanjian tersebut akan memudahkan perjalanan pelancong dari kedua-dua negara, sekali gus meningkatkan hubungan China dengan Georgia dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan kebudayaan.
Untuk rekod, Georgia ialah negara kedua yang menikmati dasar saling mengecualikan visa dengan China melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Urumqi, selepas dasar seumpama itu dilaksanakan antara Kazakhstan dan China pada November lepas. – Bernama – CMG