Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • WWF-Malaysia gesa bina bonggol jalan di kawasan lintasan hidupan liar
  • SEMASA

WWF-Malaysia gesa bina bonggol jalan di kawasan lintasan hidupan liar

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO Bernama.

KUALA LUMPUR: Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia menggesa tindakan segera dan nyata diambil bagi mengelakkan lebih banyak kematian hidupan liar, termasuk membina bonggol jalan di lokasi persimpangan utama haiwan melintas.

Menurut WWF-Malaysia, langkah itu dilihat sebagai intervensi kritikal yang mampu memaksa pemandu memperlahankan kenderaan serta menyelamatkan banyak nyawa selain meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya.

Gesaan itu menyusul susulan kejadian menyayat hati pada sambutan Hari Ibu semalam di Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak, apabila seekor gajah betina dilihat meratapi kematian anaknya akibat dilanggar sebuah lori. 

“Tragedi ini bukan kejadian terpencil. Ia mencerminkan keperluan mendesak untuk menambah baik langkah perlindungan hidupan liar di sepanjang lebuh raya  tersebut, yang dikenali sebagai kawasan panas laluan lintasan haiwan,” kata WWF-Malaysia dalam kenyataan.

Menurutnya papan tanda amaran sedia ada tidak mencukupi dan tidak memberi kesan signifikan dalam menurunkan kadar kemalangan melibatkan haiwan.

WWF-Malaysia turut menegaskan keperluan mendesak untuk menyediakan lintasan hidupan liar serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu di laluan berkenaan.

Katanya jalan raya berkenaan merentasi kawasan habitat kritikal seperti Taman Negeri Royal Belum dan Hutan Simpan Temengor, menjadikannya zon konflik antara pembangunan dan habitat haiwan liar.

Dalam pada itu, WWF-Malaysia memuji usaha Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak dalam membangunkan Santuari Gajah Perak yang dijangka siap menjelang 2029.

Menurut pertubuhan itu, santuari tersebut akan menyediakan habitat lebih selamat kepada gajah selain berupaya mengurangkan konflik manusia-haiwan, namun menegaskan langkah jangka pendek juga perlu dilaksanakan segera.

Sejak 2023, enam ekor harimau dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di negara ini, termasuk dua kes dalam tempoh dua bulan di lebuh raya yang sama – satu statistik yang membimbangkan.

“Kita perlukan lebih daripada sekadar papan tanda amaran. Kita perlukan jejambat dan laluan bawah tanah khas untuk haiwan, bonggol jalan serta infrastruktur yang dapat memperlahankan trafik,”katanya.

WWF-Malaysia turut mengingatkan semua pengguna Lebuhraya Gerik-Jeli supaya sentiasa berwaspada terhadap haiwan melintas kerana mereka sebenarnya sedang melalui kawasan habitat hidupan liar.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kepelbagaian di Malaysia adalah sumber kekuatan negara – Loke
Next: Korea Selatan, Malaysia adakan pusingan ke-9 rundingan FTA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.