Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wujudkan bank bergerak elak kesesakan
  • TEMPATAN

Wujudkan bank bergerak elak kesesakan

Utusan Sarawak 4 years ago
PENUH… Orang ramai yang bersesak berada di persekitaran BNS sekitar 7.30 pagi semalam.

MIRI: Pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) mohon ada perubahan cara dan perancangan baharu yang lebih menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan dalam usaha menyalurkan bantuan yang diterima oleh pelanggan.

Pengerusi Teresang Dayak Miri, Ugik Jalit berkata demikian ketika dihubungi Utusan Sarawak semalam.

Katanya, seperti yang dimaklumkan dan telah viral di facebook hari ini (semalam) mendapati orang ramai memenuhi persekitaran BSN sejak 3.00 pagi sangat meyedihkan.

“Kejadian seumpama ini kita tidak dapat menunding jari kepada sesiapa pun, paling elok kita semua kerjasama berkongsi cara (idea) dan salur pendapat untuk mencari jalan mengatasi masalah sedemikian.

“Hanya dengan kerjasama dan perkongsian idea terbaik dapat membantu mengatasi masalah ini agar pada masa akan datang ada sistem yang lebih baik dan teratur dilaksanakan.

Tambahnya, di Pandemik Covid-19 ini bahawa waktu operasi bank amat terhad dan belum tentu urusan mereka boleh selesai dalam satu hari.

“Dalam perkara ini, kita tidak dan bukan menunding jari untuk menyalahkan sesiapa, kesemua mereka datang semalam adalah dari luar pedalaman bandar miri.

“Mereka terpaksa turun awal untuk menuntut baucar bantuan di bank tersebut,” katanya lagi.

Sehubungan itu, isu yang mahu kongsikan di sini adalah mohon wujudkan bank bergerak ke kawasan luar bandar seperti Beluru, Lapok, Batu Niah dan Bekenu bagi memudahkan urusan orang ramai.

Justeru itu, harapan semua agar pihak yang bertanggungjawab mengambil kira perkara ini sebagai sesuatu masalah yang serius untuk ditangani dengan segera sebagai jalan penyelesaian.

Sementara itu, seorang penerima Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) dikenali Rusty dari Lambir berkata, masalah ini bukan hanya baharu berlaku hari ini tetapi sejak bantuan BRIM di perkenalkan kepada rakyat.

Bantuan ini sememangnya baik tetapi biar cara saluran tersebut  mudah dan tidak menyusahkan rakyat untuk menuntut bantuan.

“Saya berharap ada wakil rakyat dan penjawat awam yang akan menyuarakan isu ini bagi membantu rakyat.

“Kepada mereka yang datang ke bank ini dinasihatkan patuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kerana PPN fasa 3 di Sarawak masih berkuatkuasa sehingga 2 Februari 2022,” jelasnya.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: UNIMAS tawar ijazah sarjana baharu
Next: Pastikan projek memenuhi piawaian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.