Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • World Central Kitchen kehabisan bekalan makanan di Gaza
  • GLOBAL

World Central Kitchen kehabisan bekalan makanan di Gaza

Utusan Sarawak 2 days ago
JOSE Andrés, chef dan pengasas World Central Kitchen, bercakap dengan Jennifer Siebel Newsom, rakan kongsi pertama, California, semasa Persidangan Global Institut Milken tahunan ke-28 di Beverly Hilton di Beverly Hills, California pada 5 Mei 2025 baru-baru ini. Foto AFP

JAFFA: Pertubuhan bantuan Amerika Syarikat, World Central Kitchen (WCK) pada Rabu memaklumkan pihaknya tidak lagi dapat menyediakan makanan kepada penduduk di Semenanjung Gaza berikutan sekatan Israel terhadap penghantaran bantuan.

“Selepas menghidangkan lebih 130 juta makanan dan 26 juta buku roti dalam tempoh 18 bulan lalu, World Central Kitchen kini tidak mempunyai bekalan untuk menyediakan makanan atau membakar roti di Gaza,” menurut kenyataan organisasi itu.

Sejak awal Mac, Israel menyekat kesemua penghantaran bantuan ke wilayah pesisir yang dihuni kira-kira dua juta rakyat Palestin.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ratusan ribu penduduk di Gaza kini menghadapi kekurangan makanan.

WCK memaklumkan bahawa bekalan makanan kini tidak dapat ditambah disebabkan sekatan itu, manakala dapur medan mereka kehabisan bahan mentah.

“Trak kami yang dipenuhi makanan dan bekalan sedia menunggu di Mesir, Jordan dan tanah jajahan Israel untuk memasuki Gaza.

“Tetapi mereka tidak boleh bergerak tanpa kebenaran. Bantuan kemanusiaan perlu dibenarkan masuk,” kata pengasas WCK, José Andrés.

Menurut WCK, organisasi itu sebelum ini menyediakan makanan kepada ratusan ribu penduduk Gaza setiap hari dan terus membantu rakyat Palestin dengan mengedarkan air minuman.

Program Makanan Sedunia (WFP) turut melaporkan pada penghujung April lalu bahawa bekalan makanannya di Gaza sudah kehabisan.

Sementara itu, Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin (UNRWA) memaklumkan bahawa pihaknya juga kehabisan bekalan tepung.– Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Ketegangan memuncak: Pakistan tuduh India serang demi populariti politik
Next: Trump umumkan perjanjian perdagangan utama hari ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.