Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wong Soon Koh tepis fitnah ‘Tangan Ghaib Fuzhou’ dalam isu gas Sarawak
  • TEMPATAN

Wong Soon Koh tepis fitnah ‘Tangan Ghaib Fuzhou’ dalam isu gas Sarawak

Utusan Sarawak 2 days ago
NAIB PRESIDEN KANAN PDP….Dato Sri Wong Soon Koh.

SIBU: Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif (PDP) Dato Sri Wong Soon Koh mengecam keras penyebaran artikel bertajuk ‘Tangan Ghaib Fuzhou China di Sebalik Tuntutan Agregator Gas Sarawak Terbongkar’ yang tular di media sosial baru-baru ini.

Wong menyifatkan artikel tersebut sebagai berbahaya, mengelirukan dan penuh dengan pembohongan yang cuba menggambarkan seolah-olah sumber gas Sarawak dikawal oleh kumpulan Fuzhou tertentu.

“Itu sama sekali tidak benar, malah satu pembohongan melampau,” tegasnya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kebenaran sudah jelas iaitu sejak beberapa dekad lalu Petronas merupakan penerima manfaat terbesar hasil minyak dan gas Sarawak, bukannya mana-mana kumpulan swasta mahupun komuniti tertentu.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan memberitahu, Petros ditubuhkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk memulakan usaha menuntut semula hak Sarawak terhadap sumber minyak dan gasnya.

“Petros diwujudkan untuk mengembalikan kedaulatan sumber kita, menegaskan semula hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Ordinan Perlombongan Minyak Negeri 1958, selain mengimbangi ketidakadilan hasil royalti lima peratus sahaja yang diterima selama ini,” jelasnya.

Tegasnya, Petros berperanan sebagai entiti milik negeri yang membuat keputusan supaya Sarawak menjadi penentu arah, bukan hanya sekadar pemungut royalti.

“Petros juga merupakan pengawal selia dan operator yang bertanggungjawab terhadap pelesenan serta peraturan aktiviti minyak dan gas di bawah undang-undang negeri,” ujarnya.

Wong menegaskan Petros adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang memastikan lebih banyak kekayaan Sarawak kekal di negeri ini untuk manfaat rakyat.

“Dakwaan bahawa Petros ditubuhkan secara rahsia untuk mengkayakan kumpulan tertentu adalah satu pembohongan terang-terangan bagi mengelirukan rakyat Sarawak,” tegasnya.

Beliau menyifatkan artikel berkenaan mempunyai agenda untuk mengalih perhatian rakyat daripada perjuangan sebenar serta memecahbelahkan masyarakat dengan tuduhan palsu.

“Selama beberapa dekad, bertrilion ringgit hasil minyak dan gas telah mengalir keluar dari Sarawak.

Petros diwujudkan untuk mengubah haluan ini, namun perjuangan ini masih jauh daripada selesai,” ujarnya lagi.

Wong menggesa agar rakyat kekal fokus pada isu utama iaitu memastikan Sarawak mendapat kawalan penuh terhadap sumbernya, bukannya terjebak dengan cerita rekaan dan konspirasi palsu.

“Petros wujud untuk semua rakyat Sarawak, bukan untuk mana-mana kumpulan atau agenda tersembunyi.

“Setiap sen keuntungan Petros akan dikembalikan kepada rakyat melalui pembangunan infrastruktur, hospital, pendidikan, pengurangan kos sara hidup serta peluang pekerjaan untuk generasi muda,” kata beliau.

Beliau turut mengingatkan penulis artikel berkenaan serta pihak yang menyebarkan fitnah bahawa Petros bukan milik satu kumpulan, sebaliknya dikendalikan kerajaan dengan sokongan seluruh rakyat.

“Setiap komuniti, setiap keluarga, setiap rakyat Sarawak mahukan keadilan dan perjuangan bersama kita demi maruah dan kedaulatan Sarawak.

“Mereka yang cuba memecahbelahkan kita akan gagal kerana Sarawak akan tetap bersatu,” tegas beliau.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Elak perpecahan, terus kukuhkan perpaduan di Sarawak
Next: Kampung Angkat MADANI bukan sekadar inisiatif pembangunan fizikal – Aaron

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.