Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wong King Yii gesa pilihan raya majlis tempatan dikembalikan susulan kenaikan elaun RM37 juta
  • TEMPATAN

Wong King Yii gesa pilihan raya majlis tempatan dikembalikan susulan kenaikan elaun RM37 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago
BENDAHARI DAPSY Sarawak Wong King Yii 

KUCHING: Bendahari DAPSY Sarawak, Wong King Yii, menyuarakan kebimbangan terhadap keputusan kerajaan negeri untuk menaikkan elaun ahli majlis dan ketua masyarakat mulai tahun hadapan, satu langkah yang akan menelan kos tambahan sebanyak RM37 juta kepada Sarawak.

Beliau berkata isu ini bukan sekadar soal imbuhan, tetapi mencerminkan masalah struktur dalam sistem majlis tempatan yang dilantik.

Menurut Wong, ramai rakyat Sarawak sendiri tidak mengenali siapa ahli majlis yang mewakili kawasan mereka, menunjukkan dengan jelas kurangnya hubungan antara pemimpin yang dilantik dan komuniti yang sepatutnya mereka berkhidmat.

Beliau berkata ramai ahli majlis gagal bertindak apabila penduduk melaporkan masalah di kawasan masing masing. Ramai yang jarang turun padang serta hanya muncul dalam majlis rasmi atau program media bagi tujuan mendapat perhatian.

Wong mempersoalkan kewajaran peruntukan tambahan RM37 juta sedangkan ramai ahli majlis tidak kelihatan dan tidak bertanggungjawab kepada masyarakat.

Beliau menegaskan bahawa masalah utama ialah ahli majlis dilantik dan bukan dipilih. Tanpa pilihan raya, mereka tidak mempunyai kebertanggungjawaban langsung kepada rakyat dan tidak mempunyai insentif untuk berkhidmat dengan aktif atau menyelesaikan masalah setempat.

Tambah beliau, tiada jumlah elaun yang boleh menggantikan wakil rakyat sebenar. Rakyat berhak mendapat pemimpin yang mudah ditemui dan bertanggungjawab, bukan pegawai lantikan yang prestasinya tidak dipantau.

Beliau menggesa agar pilihan raya kerajaan tempatan dipulihkan kerana wakil yang dipilih akan benar benar bertanggungjawab kepada pengundi.

Pemimpin yang bekerja keras demi komuniti akan secara semula jadi layak menerima kedudukan dan imbuhan yang diberikan.

Ketika banyak komuniti di Sarawak masih berdepan masalah infrastruktur, peningkatan kos sara hidup, dan kekurangan perkhidmatan asas, Wong berkata kerajaan seharusnya memberi keutamaan kepada pertanggungjawaban demokratik dan bukan menaikkan elaun bagi lantikan politik yang mungkin tidak menjalankan tugas dengan sepenuhnya.

Beliau menambah bahawa mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan akan memastikan dana awam termasuk RM37 juta itu digunakan untuk pemimpin yang benar benar komited dan berkesan.

Wong berkata sekiranya kerajaan mahu memperkukuh kepimpinan akar umbi dan memulihkan keyakinan rakyat, kerajaan mesti memilih reformasi demokrasi, ketelusan dan kebertanggungjawaban berbanding kenaikan elaun tanpa syarat.

Beliau menegaskan bahawa masa depan tadbir urus tempatan di Sarawak bukan bergantung kepada elaun lebih tinggi tetapi kepada hak rakyat untuk memilih wakil mereka sendiri.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Malaysia perkukuh kesiapsiagaan digital, fokus pengupayaan bakat tempatan menuju AI 2030
Next: SBC dan DVS meterai MoU untuk pembangunan produk antihelmintik semula jadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.