Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wolves tumbangkan United, Fernandes kena buang padang
  • SUKAN

Wolves tumbangkan United, Fernandes kena buang padang

Utusan Sarawak 4 months ago

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana dan rakan sepasukannya kelihatan muram selepas tumbang 2-0 di tangan Wolves pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Molineux, Wolverhampton, awal pagi tadi.

WOLVERHAMPTON, England: Musim menyedihkan buat Manchester United berdepan satu lagi tamparan pada Hari Boxing apabila kapten Bruno Fernandes dibuang padang ketika kekalahan 2-0 di Wolves.

Fernandes dilayangkan kad merah buat kali ketiga musim ini, dua minit selepas rehat kerana menerima kad kuning kedua.

Wolves mengambil kesempatan untuk meraih kemenangan kedua dalam dua perlawanan pertama kendalian bos baharu Vitor Pereira.

Gol Matheus Cunha terus daripada sepakan sudut pada minit ke-58 membuka tirai jaringan sebelum dia mengumpan kepada Hwang Hee Chan yang meledak masuk menerusi sepakan terakhir perlawanan pada minit ke-99.

United, yang merudum ke tangga ke-14, hanya menang dua daripada tujuh perlawanan Liga Perdana Inggeris sejak Ruben Amorim mengambil alih bulan lalu dan bertindak hambar di jentera serangan sebelum Fernandes dibuang padang.

Kemenangan itu cukup melonjak Wolves keluar daripada zon penyingkiran di tangga ke-17 dengan 15 mata.

Keyakinan yang menyambut hari-hari awal kendalian Amorim kelihatan seperti satu kenangan silam ketika pengendali dari Portugal itu tidak ragu-ragu lagi mengenai tugas getir yang perlu dihadapinya untuk memulihkan kelab gergasi yang tumbang.

Amorim bertindak balas dengan hanya melakukan dua pertukaran susulan kekalahan 3-0 di laman sendiri kepada Bournemouth Ahad lalu.

Leny Yoro hadir di benteng pertahanan, manakala Rasmus Hojlund menggantikan Joshua Zirkzee di bahagian serangan.

Penyerang Denmark itu bagaimanapun bergelut untuk membuat sebarang impak ketika Cunha membuktikan nilai sebenar seorang penyerang yang berada pada prestasi terbaik. – AFP

Continue Reading

Previous: City hilang dua mata, gara-gara Haaland 
Next: Liverpool terus unggul, buktikan calon pilihan juara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.