Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wolves pecat O’Neil
  • SUKAN

Wolves pecat O’Neil

Utusan Sarawak 5 months ago

Gary O’Neil dipecat. Foto AFP

LONDON: Wolverhampton Wanderers memecat pengurus, Gary O’Neil selepas empat kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekali gus menyaksikan mereka terperosok di zon penyingkiran.

Kelab itu kini di tangga kedua tercorot liga dengan hanya sembilan mata daripada 16 perlawanan selepas kekalahan 1-2 di tempat sendiri kepada pasukan bergelut, Ipswich, tengah malam tadi.

“Wolves sudah berpisah dengan ketua jurulatih, Gary O’Neil dan kakitangan kejurulatihannya,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“O’Neil yang tiba di Molineux hanya tiga hari sebelum permulaan musim Liga Perdana Inggeris 2023/24, mengambil cabaran besar dan akhirnya membimbing Old Gold ke kempen yang berjaya.”

Pengerusi, Jeff Shi berkata, kelab itu “berterima kasih kepada Gary atas segala usaha, dedikasi dan kerja kerasnya.”

Beberapa hari lalu, Shi menyatakan bahawa kelab Midlands itu kekal memberi sokongan kepada bekas bos Bournemouth itu walaupun Wolves menghadapi kesukaran.

O’Neil, 41, dilantik pada Ogos 2023 selepas pemergian Julen Lopetegui dan menandatangani kontrak baharu selama empat tahun dengan kelab itu pada Ogos tahun ini.

Wolves menamatkan musim di tangga ke-14 pada tahun pertama O’Neil di Molineux tetapi kini berada di zon penyingkiran selepas mengalami 11 kekalahan dan hanya dua kemenangan. – AFP

Continue Reading

Previous: Jaguh China sekat Tang Jie-Ee Wei di final Jelajah Dunia Akhir BWF
Next: Amorim bagi amaran ‘jangan main-main’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.