Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wolves buat Liverpool terduduk
  • SUKAN

Wolves buat Liverpool terduduk

Utusan Sarawak 7 hours ago

Mohamed Salah cuba melepasi kawalan pemain lawan dalam aksi Liga Perdana Inggeris. – Foto AFP

LONDON: Liverpool dikejutkan kekalahan memalukan 2-1 di tangan Wolverhampton Wanderers apabila jaringan saat akhir Andre menghadiahkan kemenangan dramatik buat kelab tercorot Liga Perdana Inggeris itu, sebentar tadi.

Skuad kendalian Arne Slot ketinggalan menerusi Rodrigo Gomes pada minit ke-78 di Molineux sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan lima minit kemudian — gol pertamanya dalam 11 aksi liga sejak November.

Namun, Andre muncul wira tuan rumah apabila menyambar kesilapan Alisson Becker pada masa kecederaan untuk gol pertamanya bersama Wolves, sekali gus menghadiahkan kekalahan pertama Liverpool dalam lima perlawanan terakhir semua kejohanan.

Pemain Wolves meraikan kemenangan dramatik ke atas Liverpool di Molineux. – Foto AFP

Kekalahan itu menjejaskan peluang The Reds untuk memburu slot Liga Juara-Juara musim depan apabila mereka kekal di tangga kelima dan berisiko dipintas Chelsea.

Lebih membimbangkan, Liverpool sudah bolos 14 gol dalam 15 minit terakhir separuh masa kedua musim ini — rekod rapuh yang mengundang persoalan terhadap masa depan Slot di Anfield.

Perlawanan turut diselubungi suasana pilu apabila kedua-dua penyokong bertafakur pada minit ke-18 bagi mengenang mendiang Diogo Jota yang pernah menyarung jersi nombor itu ketika di Molineux.

Sementara itu, Everton FC menewaskan Burnley 2-0 untuk terus mengintai peluang ke Eropah, manakala Sunderland menundukkan Leeds 1-0 hasil penalti Habib Diarra.

Di Vitality Stadium, Bournemouth dan Brentford sekadar seri tanpa jaringan.- AFP

Continue Reading

Previous: All England 2026: Dua beregu campuran negara pulang awal
Next: All England 2026: Jun Hao selamatkan kem Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.