Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wisma Melayu Sarawak dijangka siap suku ketiga 2025
  • TEMPATAN

Wisma Melayu Sarawak dijangka siap suku ketiga 2025

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TUN Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi merakam kenangan bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Turut bersama Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta isteri Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud pada Majlis Samarindok Aidilfitri 1446H/2025M anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Kuching, malam tadi. FotoUKAS

KUCHING: Projek pembinaan Wisma Melayu Islam Sarawak yang terletak di Jalan Diplomatik, Petra Jaya, dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata bangunan tersebut pada asalnya dirancang untuk disiapkan pada Julai ini.

“Namun, beberapa penambahbaikan perlu dilakukan berdasarkan nasihat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Sebenarnya, Wisma Melayu ini dijangka siap pada Julai, tetapi selepas kita mengadakan taklimat kemajuan projek, Premier Sarawak menasihatkan agar reka bentuknya diperhalusi.

“Dari jauh memang kelihatan cantik dengan konsep tengkolok, namun apabila dilihat dari dekat, ia kelihatan seperti rumah biasa. Jadi, beberapa penambahbaikan perlu dibuat, yang menyebabkan sedikit kelewatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Samarindok Aidilfitri 1446H/2025M anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) di Kuching, malam tadi.

Majlis itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi, Premier Sarawak serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Awang Tengah, berkata Wisma Melayu akan menjadi mercu tanda penting masyarakat Melayu Sarawak, melambangkan usaha memperkasa budaya dan warisan bangsa.

Bangunan itu akan menempatkan sebuah dewan serbaguna yang mampu memuatkan sehingga 2,000 tetamu dan sesuai untuk pelbagai majlis seperti perkahwinan dan acara rasmi.

Ia juga bakal menempatkan galeri atau muzium Melayu Sarawak serta pusat informasi dan pendidikan berkaitan sejarah serta kebudayaan Melayu.

“Apabila siap kelak, wisma ini akan menjadi simbol perjuangan, pencapaian dan masa depan yang lebih gemilang buat masyarakat Melayu di Sarawak,” ujarnya.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Pengerusi AKYBMS Dato Sri Mohd Naroden Majais, Pengurus Besar AKYBMS Datu Dr Sanib Said serta tetamu kenamaan yang lain.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ADUN Kota Sentosa bantu selesai isu LPS keluarga tertangguh hampir dua dekad
Next: Dua konsert mega bertaraf antarabangsa bakal gegarkan Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.