Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ‘Wira Merah’ tonggak penyelamatan negara, pengorbanan demi rakyat sentiasa dihargai
  • Selatan
  • WILAYAH

‘Wira Merah’ tonggak penyelamatan negara, pengorbanan demi rakyat sentiasa dihargai

Utusan Sarawak 2 hours ago
RAKAM KENANGAN… Dato’ Sri Doris Sophia Brodie bergambar bersama yang lain pada program Sehari Bersama Bomba sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 anjuran BBP Sri Aman kelmarin. Foto BBP Sri Aman

SIMANGGANG: Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 menjadi medan penghargaan kepada seluruh anggota bomba yang disifatkan sebagai ‘Wira Merah’ atas komitmen dan keberanian mereka mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat.

Ahli Parlimen Sri Aman, Dato’ Sri Doris Sophia Brodie berkata, pengorbanan anggota bomba dan penyelamat amat besar terutama dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan yang semakin mencabar pada masa kini.

Menurut beliau, selaras dengan tema sambutan tahun ini iaitu ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’, peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini semakin luas dan tidak lagi tertumpu kepada operasi memadam kebakaran semata-mata.

RASMI… Dato’ Sri Doris Sophia Brodie merasmikan program Sehari Bersama Bomba sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 anjuran BBP Sri Aman kelmarin. Foto BBP Sri Aman

Katanya, anggota bomba turut memainkan peranan penting dalam operasi menyelamat ketika banjir, kemalangan jalan raya, tanah runtuh, bencana alam serta pelbagai insiden kecemasan lain yang memerlukan tindakan pantas dan berisiko tinggi.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman yang aktif melaksanakan pelbagai program kesedaran keselamatan kebakaran dan kesiapsiagaan komuniti di kawasan tersebut.

Antara program yang giat dijalankan termasuk program Bomba Komuniti, kempen keselamatan rumah panjang, latihan penggunaan alat pemadam api serta ceramah keselamatan kepada masyarakat dan pelajar sekolah.

Doris berkata, usaha mendidik masyarakat mengenai aspek pencegahan kebakaran dan langkah keselamatan amat penting bagi mewujudkan komuniti yang lebih bersedia menghadapi sebarang kecemasan.

“Keselamatan bukan hanya tanggungjawab pasukan bomba semata-mata, tetapi memerlukan kerjasama seluruh masyarakat melalui budaya pencegahan dan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Sehari Bersama Bomba sempena sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 anjuran BBP Sri Aman di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Doris turut merakamkan penghargaan dan ucapan syabas kepada seluruh warga JBPM, pasukan bomba sukarelawan, agensi terlibat serta penduduk Sri Aman yang hadir memeriahkan program berkenaan sambil berharap semua anggota bomba sentiasa diberikan keselamatan, kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan amanah kepada rakyat dan negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perhimpunan bulanan IPD Bau berjalan lancar
Next: ADUN Lingga puji program CSR JTS Betong, Magna Focus bantu komuniti Triso

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.