Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wipha: Pasangan Filipina langsungkan perkahwinan meski gereja dilanda banjir
  • GLOBAL

Wipha: Pasangan Filipina langsungkan perkahwinan meski gereja dilanda banjir

Utusan Sarawak 3 days ago

MANILA: Sepasang kekasih dari Filipina tidak membiarkan ribut tropika kuat menghalang mereka daripada melangsungkan perkahwinan di dalam sebuah gereja yang dilanda banjir, lapor agensi berita Jerman, dpa.

Jao Verdillo dan Jamaica Aguilar meranduk air sedalam kira-kira 0.3 meter di dalam Gereja Barasoain di Malolos City, wilayah Bulacan, utara Manila untuk majlis perkahwinan mereka pada Selasa.

“Tiada apa yang dapat menghalang kami,” kata Aguilar kepada ABS-CBN News. “Kami telah lama menantikan saat ini.”

“Ini hanya banjir. Masih banyak lagi yang perlu kami harungi bersama,” tambahnya.

Pasangan itu telah menempah gereja berkenaan untuk perkahwinan mereka sejak dua tahun lalu dan telah mengambil cuti daripada kerja untuk majlis itu.

Keluarga dan rakan-rakan turut meranduk banjir, malah ada yang menanggalkan kasut bagi mengelakkannya basah.

Verdillo dilihat melipat seluarnya hingga ke paras lutut manakala Aguilar berjalan di laluan utama gereja dengan hujung gaunnya terendam dalam air.

Sebahagian besar kawasan di Filipina dinaiki air akibat hujan lebat yang dibawa oleh ribut tropika Wipha.

Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut dalam kejadian banjir dan insiden lain akibat cuaca buruk itu, menurut polis.

Kira-kira 1.2 juta orang terjejas akibat ribut Wipha dan hujan monsun, termasuk lebih 286,000 penduduk yang terpaksa berpindah dan berlindung di pusat pemindahan.

Ribut Wipha meninggalkan Filipina pada Sabtu lepas, namun jabatan kaji cuaca memaklumkan satu lagi ribut tropika baharu sedang menuju ke bahagian paling utara negara itu dan dijangka membawa lebih banyak hujan sehingga hujung minggu ini. – Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: 6 warga Malaysia ditahan di Kemboja, disyaki cuba seludup ganja ke UK
Next: Bintang K-pop G-Dragon dilantik Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak APEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.