Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilson Nyabong tawar diri rebut jawatan Presiden PRS
  • TEMPATAN

Wilson Nyabong tawar diri rebut jawatan Presiden PRS

Utusan Sarawak 6 days ago
WILSON Nyabong Ijang.

SIBU: Didorong oleh sokongan kuat di peringkat akar umbi yang mahukan perubahan, Ahli Majlis Tertinggi Parti Rakyat Sarawak (PRS), Wilson Nyabong Ijang, mengumumkan kesediaannya untuk bertanding jawatan Presiden PRS.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas menerima keyakinan daripada bahagian-bahagian PRS yang mahu parti terus berkembang, kekal relevan dan dipimpin dengan semangat baharu.

“Walaupun saya hanyalah wakil rakyat biasa dan ahli Majlis Tertinggi, sokongan ini membuktikan suara akar umbi jelas mahukan pembaharuan dan kemajuan. Dorongan inilah yang membuatkan saya menawarkan diri untuk memimpin PRS sebagai Presiden baharu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus itu menegaskan, visinya adalah menjadikan PRS sebuah parti progresif, inklusif dan berteraskan integriti.

Misinya pula menekankan kepada melahirkan generasi pemimpin muda berwibawa, memperkasa masyarakat luar bandar dengan infrastruktur dan peluang lebih baik, serta memacu pembangunan digital dan pendidikan agar tiada rakyat Sarawak ketinggalan, khususnya masyarakat Dayak.

Beliau turut menyifatkan jumlah pencalonan Majlis Tertinggi kali ini sebagai yang tertinggi dalam sejarah parti, sekali gus mencerminkan tenaga baharu di peringkat akar umbi yang mahukan idea segar dan kepimpinan lebih representatif.

Selain itu, katanya, kemunculan muka-muka baharu bagi jawatan Naib Presiden seperti Nicholas Kudi Jantai, Roy Angau Gingkoi dan Senator Rita Sarimah Patrick Insol adalah tanda kesediaan parti menerima pembaharuan serta memperkukuh barisan kepimpinan.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Dato Sri John Sikie atas pencalonan beliau sebagai calon Presiden, sambil menyifatkan pertandingan satu lawan satu sebagai proses demokratik yang sihat serta mencerminkan kematangan PRS.

“Selepas pemilihan, kita perlu merapatkan barisan dan bekerjasama demi kebaikan PRS. Parti ini lebih besar daripada mana-mana individu, dan kekuatan kita terletak pada perpaduan,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 112 murid SK Nanga Entaih sertai program kesedaran kebakaran anjuran BBP Bintangor
Next: PVTLDM Sarawak terima pengiktirafan di Tugu Negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.