Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap tinjau projek RTP di SMK DPHA Gapor
  • TEMPATAN

Wilfred Yap tinjau projek RTP di SMK DPHA Gapor

Utusan Sarawak 6 hours ago
PEMERIKSAAN kemudahan tandas yang telah siap di bawah RTP 2023 serta penyerahan Projek RTP 2024 kepada kontraktor yang dilantik.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, mengadakan lawatan tapak ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) DPHA Gapor sempena pelaksanaan dua projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor yang dilantik, serta pengetua sekolah, William Tedong.

Bagi Projek RTP 2023, lawatan tersebut menandakan penyerahan projek yang telah siap kepada pihak sekolah bagi tujuan penyelenggaraan.

Projek bernilai RM150,000 itu melibatkan pembinaan blok tandas baharu bagi meningkatkan tahap kebersihan, keselamatan, dan keselesaan pelajar serta warga sekolah.

Dalam lawatan yang sama, Surat Lantikan dan tapak projek bagi Projek RTP 2024 telah diserahkan kepada kontraktor Syarikat Bumi Waja dengan disaksikan oleh pegawai JKR dan pihak pengurusan sekolah.

Projek bernilai RM200,000 itu meliputi kerja naik taraf dan pembaikan kemudahan sekolah serta kerja penurapan semula jalan dalam kawasan sekolah, dan dijadualkan siap pada minggu ketiga Januari 2026.

Pelaksanaan projek ini adalah berdasarkan maklum balas pihak sekolah dan komuniti setempat, selaras dengan usaha berterusan untuk menambah baik infrastruktur pendidikan di Sarawak.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: CSO-SDG Alliance Sarawak gerakkan inisiatif kebajikan Krismas di HUS
Next: KPDN Sarawak turun padang pantau harga barang kawalan Krismas 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.