Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap tinjau penyempurnaan projek naik taraf perparitan RTP di Kota Sentosa
  • Selatan
  • WILAYAH

Wilfred Yap tinjau penyempurnaan projek naik taraf perparitan RTP di Kota Sentosa

Utusan Sarawak 6 hours ago
WILFRED Yap meninjau kerja menaik taraf sistem perparitan bersama pegawai JKR di Jalan Kuching Ranger Depo.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, telah melakukan pemeriksaan akhir ke atas projek menaik taraf sistem perparitan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023 di Jalan Kuching Ranger Depo, Batu Tujuh, bersama pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Projek bernilai RM300,000 itu melibatkan kerja menaik taraf kira-kira 300 meter longkang di tepi jalan bagi menangani masalah banjir kilat, limpahan air dan hakisan tanah yang berlarutan di kawasan tersebut.

Yap berkata beliau berpuas hati kerana kerja-kerja berkenaan disiapkan mengikut spesifikasi dan dalam jadual yang telah disemak semula.

“Sistem perparitan yang dinaik taraf ini merupakan penambahbaikan penting untuk penduduk, pengguna jalan raya dan kemudahan berhampiran. Selama bertahun-tahun, hujan lebat menyebabkan banjir berlaku secara kerap di hadapan Perpustakaan Kota Sentosa serta kawasan komersial dan kediaman sekitarnya. Penyempurnaan projek ini adalah langkah bermakna ke arah menjadikan kawasan ini lebih selamat dan lebih berdaya tahan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa peruntukan RTP terus memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu harian yang dihadapi komuniti setempat.

Yap juga merakamkan penghargaan kepada penduduk, pemilik premis perniagaan dan pengguna jalan raya atas kesabaran mereka sepanjang tempoh pembinaan, serta memberi jaminan bahawa lebih banyak projek kecil tetapi berimpak tinggi akan diteruskan di kawasan Kota Sentosa.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: KRT terus jadi pemangkin perpaduan komuniti selepas 50 tahun penubuhan
Next: Banjir kilat surut, penduduk Rumah Aron kekal di pusat pemindahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.