Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap serah cek UNIFOR berjumlah RM780,000 kepada SK St Alban
  • Selatan
  • WILAYAH

Wilfred Yap serah cek UNIFOR berjumlah RM780,000 kepada SK St Alban

Utusan Sarawak 14 hours ago
Wilfred Yap menyerahkan cek UNIFOR berjumlah RM780,000.00 kepada wakil lembaga sekolah disaksikan oleh Bishop Anglikan, Datuk Danald Jute.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menyerahkan dua cek Unit Hal Ehwal Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM780,000 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) St Alban bagi tujuan penaiktarafan infrastruktur sekolah.

Majlis penyerahan tersebut turut disaksikan oleh Bishop Anglikan, Datuk Danald Jute.

Peruntukan berkenaan diagihkan kepada beberapa projek utama:

  • RM400,000
    • Penaiktarafan Blok B
    • Penaiktarafan bangunan prasekolah
    • Penaiktarafan dewan terbuka dan gelanggang berbumbung sekolah
  • RM380,000
    • Penaiktarafan perpustakaan sekolah
    • Penaiktarafan kawasan letak kereta
    • Penaiktarafan blok bilik darjah

Yap menegaskan bahawa peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kemudahan sekolah, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan kondusif untuk para pelajar di Kota Sentosa.

Beliau turut menghargai kerjasama pihak pengurusan sekolah dan Gereja Anglikan dalam memastikan projek penaiktarafan dapat dilaksanakan dengan lancar demi manfaat pelajar serta komuniti setempat.

“Pembangunan pendidikan adalah asas kemajuan masyarakat. Kita mahu setiap anak di Kota Sentosa mendapat persekitaran terbaik untuk belajar dan membesar,” katanya semasa majlis berkenaan.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bersiap sedia menjelang pilihan raya negeri akan datang – Penguang
Next: Mangsa kebakaran Long Loyang terima bantuan tunai dan barang asas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.