
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menyalurkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM8,500 kepada Klinik Kesihatan Kota Sentosa sempena Mesyuarat Panel Penasihat klinik berkenaan.
Menerusi jumlah tersebut, RM3,500 diperuntukkan bagi pemasangan papan iklan LED, manakala RM5,000 disalurkan kepada klinik pergigian untuk pembelian peralatan penting termasuk unit scaler mudah alih, lampu lampu pengeras bahan tampalan gigi dan unit sedutan mudah alih.
Menurut Wilfred Yap, peruntukan tersebut bertujuan memperkukuh kemudahan kesihatan barisan hadapan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada penduduk Kota Sentosa.
Beliau berkata, bantuan MRP ini mencerminkan komitmennya terhadap pendekatan praktikal dan berorientasikan rakyat demi kesejahteraan masyarakat setempat.
Oleh Connie Chieng