Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap salur RM25,000 kepada dua PIBG di Kota Sentosa
  • Selatan
  • WILAYAH

Wilfred Yap salur RM25,000 kepada dua PIBG di Kota Sentosa

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYERAHAN geran MRP oleh Wilfred Yap kepada PIBG sebagai usaha memperkasa kemudahan pendidikan di Kota Sentosa.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap, menegaskan komitmen berterusannya dalam memperkasa sektor pendidikan di kawasannya menerusi penyerahan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM25,000 kepada dua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), hari ini.

Daripada jumlah itu, RM15,000 disalurkan kepada PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Stutong bagi pembelian peralatan sekolah serta kerja-kerja menaik taraf kemudahan, manakala RM10,000 lagi diperuntukkan kepada PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan DPHA Gapor untuk tujuan yang sama.

Menurut beliau, pendidikan kekal sebagai keutamaan dalam agenda pembangunan kawasan kerana persekitaran pembelajaran yang kondusif serta kemudahan mencukupi amat penting dalam melahirkan pelajar berkemampuan, berkeyakinan dan berdaya saing.

“Peruntukan ini mencerminkan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan tiada komuniti yang tercicir, khususnya dalam aspek pembangunan pendidikan,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama berterusan antara wakil rakyat, pihak pengurusan sekolah, PIBG dan komuniti setempat adalah penting dalam membina asas kukuh demi generasi akan datang.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pihak pentadbiran sekolah, guru serta ahli PIBG atas dedikasi mereka dalam meningkatkan standard pendidikan dan kebajikan pelajar.

Sebagai wakil rakyat Kota Sentosa, beliau berkata akan terus memperjuangkan serta menyalurkan sumber kepada inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada pelajar dan masyarakat.

“Pelaburan dalam pendidikan hari ini adalah asas kepada Sarawak yang lebih cerah dan kukuh pada masa depan,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Bomba santuni penduduk rumah panjang, perkukuh kesedaran pencegahan kebakaran
Next: Chap Goh Mei berpotensi jadi produk pelancongan baharu Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.