Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wilfred Yap saksikan penyerahan Surat Setuju Terima projek RTP di SJKC Stampin
  • Selatan
  • WILAYAH

Wilfred Yap saksikan penyerahan Surat Setuju Terima projek RTP di SJKC Stampin

Utusan Sarawak 4 hours ago
WILFRED Yap (tengah) menyaksikan penyerahan Surat Setuju Terima projek RTP 2023 bagi kerja naik taraf dewan SJKC Stampin, hari ini.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap hari ini mengadakan lawatan ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK(C) Stampin di Jalan Tun Jugah bagi menyaksikan penyerahan rasmi Surat Setuju Terima bagi projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2023.

Surat Setuju Terima itu diserahkan oleh jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada kontraktor yang dilantik, K D H Company, sekali gus menandakan permulaan rasmi pelaksanaan projek berkenaan.

Projek RTP 2023 bernilai RM200,000 itu melibatkan kerja menaik taraf kemudahan dewan sekolah, termasuk pemasangan skrin LED dan sistem pembesar suara, selain pengubahsuaian am bagi meningkatkan fungsi, keselamatan serta keselesaan penggunaan dewan.

Menurut Yap, projek tersebut akan dilaksanakan di bawah penyeliaan JKR bagi memastikan semua kerja mematuhi spesifikasi yang diluluskan, piawaian kualiti serta tempoh pelaksanaan yang ditetapkan.

Dalam lawatan sama, beliau turut menyerahkan cek sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJK(C) Stampin bagi menyokong pelbagai aktiviti dan inisiatif sekolah yang memberi manfaat kepada pelajar serta komuniti sekolah.

“Sokongan melalui RTP dan MRP ini mencerminkan penekanan kuat kerajaan Sarawak terhadap pembangunan pendidikan serta keperluan berasaskan komuniti,” katanya.

Beliau berkata usaha menaik taraf infrastruktur sekolah dan sokongan terhadap inisiatif PIBG saling melengkapi dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, di samping mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat.

Yap turut menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama rapat dengan JKR, pihak pengurusan sekolah serta wakil ibu bapa di kawasan Kota Sentosa bagi memastikan semua projek berkaitan pendidikan dilaksanakan secara berkesan dan memberi manfaat nyata kepada para pelajar.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: APM Sarikei–Meradong laksana UKF 2026 libatkan 55 anggota
Next: Jambatan Sungai Krian disasar siap sebelum Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.