Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilfred Yap pantau Projek RTP 2025, naik taraf Taman Mei Lee
  • TEMPATAN

Wilfred Yap pantau Projek RTP 2025, naik taraf Taman Mei Lee

Utusan Sarawak 4 hours ago
ADUN Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin  hari ini melawat tapak Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 di Taman Rekreasi Taman Mei Lee, Lorong 6A, Jalan Stakan, bersempena majlis penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap Yau Sin  hari ini melawat tapak Projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 di Taman Rekreasi Taman Mei Lee, Lorong 6A, Jalan Stakan, bersempena majlis penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik.

Yap berkata projek naik taraf itu melibatkan peruntukan sebanyak RM50,000 dan akan dilaksanakan oleh N.A.R Contractor Works yang dilantik menerusi proses cabut undi, dengan kerja-kerja dijadualkan bermula selepas penyerahan rasmi.

“Projek ini bertujuan untuk menaik taraf serta mempertingkatkan kemudahan taman rekreasi sedia ada supaya ia lebih selamat, berfungsi dan selesa untuk penduduk Taman Mei Lee serta kawasan sekitarnya,” katanya semasa lawatan tersebut yang turut disertai pegawai Majlis Perbandaran Padawan.

Menurut beliau, skop kerja merangkumi penambahbaikan kemudahan asas, infrastruktur taman serta persekitaran keseluruhan bagi memastikan taman itu dapat digunakan oleh semua peringkat umur, khususnya kanak-kanak, keluarga dan warga emas.

Yap berkata, selepas siap sepenuhnya, taman rekreasi yang dinaik taraf itu dijangka menyediakan ruang yang lebih selamat dan kondusif untuk aktiviti riadah serta senaman, sekali gus menggalakkan gaya hidup sihat dan menjadi kawasan komuniti yang menyokong interaksi sosial serta hubungan kejiranan yang lebih erat.

“Penambahbaikan ini juga akan membantu meningkatkan persekitaran kediaman dan kualiti hidup penduduk setempat,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Video muzik Tahun Baharu Cina MBKS 2026 lambang perpaduan masyarakat Kuching Selatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.