Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wilayah Henan, Zhengzhou rakan strategik dalam ekonomi hijau dan pembangunan bandar
  • TEMPATAN

Wilayah Henan, Zhengzhou rakan strategik dalam ekonomi hijau dan pembangunan bandar

Utusan Sarawak 5 hours ago
DATO Wee Hong Seng (kanan) bertukar cenderamata dengan Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Henan, Wang Kai (kiri) sebagai simbol persahabatan dan kerjasama dua hala. Foto Adele Rissa

KUCHING: Wilayah Henan dan Bandar Raya Zhengzhou dikenal pasti sebagai rakan strategik utama Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), khususnya dalam bidang logistik, ekonomi hijau dan pembangunan bandar pintar, kata Datuk Bandar MBKS, Dato Wee Hong Seng.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam sambutan di Kelab Sarawak, di sini bagi meraikan delegasi dari Wilayah Henan dan Bandar Raya Zhengzhou, yang turut memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua pihak.

“Henan merupakan salah satu kuasa ekonomi utama di China dengan kepakaran luas dalam pengangkutan dan logistik. 

“Kejayaan wilayah itu membangunkan hab logistik moden melalui ekonomi lapangan terbang di Zhengzhou memberi inspirasi dan menjadi model untuk kerjasama antarabangsa,” katanya.

DATO Wee Hong Seng berucap semasa majlis makan malam sambutan meraikan delegasi dari Wilayah Henan dan bandar raya Zhengzhou. Foto Adele Rissa 

Beliau menjelaskan, Zhengzhou sebagai ibu negeri Henan memainkan peranan penting di bawah Inisiatif Jalur dan jalan melalui pelabuhan darat antarabangsa, sistem pengangkutan multimodal serta platform logistik pintar yang diiktiraf di peringkat global.

“Kami percaya kepakaran Zhengzhou dalam logistik dan rantaian bekalan boleh dijadikan rujukan berharga untuk Sarawak, khususnya dalam pembangunan pelabuhan, perancangan taman logistik dan aplikasi bandar pintar,” jelasnya lanjut. 

Dalam pada itu, Dato Wee turut menyentuh kehadiran jenama terkenal Zhengzhou, Mixue, yang kini telah membuka tiga cawangan di Kuching. 

Katanya, kehadiran syarikat itu bukan sahaja merancakkan ekonomi tempatan, malah memberi peluang masyarakat menikmati cita rasa unik dari Zhengzhou.

RAKAM KENANGAN… Dato Wee Hong Seng bersama delegasi Wilayah Henan dan Bandaraya Zhengzhou ketika mengangkat gelas tanda persahabatan dan kerjasama erat antara bandar raya Kuching dan Zhengzhou. Foto Adele Rissa 

“Saya berharap dengan kehadiran Mixue di Kuching, syarikat ini dapat mempertimbangkan untuk menubuhkan hab rantaian bekalan Asia Tenggara di Sarawak,” ujarnya.

Beliau menambah, hubungan antara Kuching dan Zhengzhou telah berkembang daripada pertukaran budaya kepada kerjasama dalam pendidikan, perdagangan dan pelancongan.

“Kami berharap dapat memperkukuh kerjasama dengan Wilayah Henan dan Zhengzhou dalam bidang logistik pintar, pembangunan bakat serta penyelesaian bandar mampan. 

“Atas dasar persahabatan ini, kita mampu membuka lebih banyak ruang kerjasama yang memberi manfaat bersama serta menjadi contoh hubungan erat Malaysia dan China,” katanya lagi.

Majlis makan malam itu turut dihadiri Gabenor Kerajaan Rakyat Wilayah Henan, Wang Kai, Setiausaha Agung Kerajaan Rakyat Wilayah Henan, Zhu Ming, serta Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Bandaraya Zhengzhou, Zhuang Jianqiu, bersama barisan tetamu kehormat lain

Oleh Adele Rissa

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 16 September mengimbau detik bersejarah penubuhan Malaysia
Next: Status ‘bateri Asean’ buka pintu gelombang pelaburan baharu ke Sarawak – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.