Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO senarai tiga maklumat salah koronavirus
  • GLOBAL

WHO senarai tiga maklumat salah koronavirus

Utusan Sarawak 3 years ago

PETUGAS kesihatan menyembur cecair pembasmi kuman di Gedung Beli-belah Kanak-kanak Pyongyang
baru-baru ini. • Foto AFP

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa terdapat maklumat salah berhubung varian Omicron, BA.2 yang tersebar sehingga menyebabkan salah faham meluas, lapor AFP semalam.

Amaran itu dikeluarkan selepas jangkitan baharu global meningkat sebanyak lapan peratus pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Teknikal Covid-19 WHO, Maria Van Kerkhove menegaskan awal minggu lalui bahawa terdapat banyak maklumat  yang salah di luar sana.

“Kita mempunyai sejumlah besar maklumat yang salah di luar sana. Maklumat salah bahawa Omicron adalah penyakit ringan, pandemik telah berakhir dan Omicron adalah varian terakhir yang perlu ditangani. Ini benar-benar menyebabkan banyak kekeliruan,’’ kata Kerkhove.

Pengarah Eksekutif WHO, Mike Ryan pula berkata, virus Covid-19 itu belum menjadi penyakit bermusim, manakala corak jangkitannya belum dapat diramal. 

“Ia menular dengan mudah. Virus ini akan terus menular di seluruh dunia disebabkan penurunan tahap imuniti dan vaksin yang tidak bertindak secara sempurna untuk menangkis  jangkitan.

“Begitulah cara virus berfungsi. Ia berjangkit dalam komuniti dan akan bergerak dengan cepat ke komuniti seterusnya yang tidak dilindungi,’’ kata Ryan.

WHO pada minggu lalu turut melaporkan lebih 11 juta jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 43,000 kematian. Angka tersebut merupakan peningkatan kira-kira lapan peratus.

Untuk tiga minggu sebelumnya, jumlah kematian akibat Covid-19 telah berkurangan di seluruh dunia. – AFP

Continue Reading

Previous: Penduduk dunia semakin pemurah
Next: Nahas pesawat: Mungkin tiada yang terselamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.