Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan
  • GLOBAL

WHO henti operasi di hab logistik utama Dubai kerana ancaman keselamatan

Utusan Sarawak 12 hours ago
WORLD Health Organization (WHO) menggantung operasi di hab logistik utama di Dubai susulan ancaman keselamatan akibat konflik di Asia Barat. Foto hiasan

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hilangĀ akses ke satu daripada pusat logistik terbesar dan gudang bekalan untuk operasi kecemasan global akibat konflik di Asia Barat, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Kemudahan itu, yang terletak di Dubai, telah menggantung semua aktiviti berikutan situasi keselamatan, kata pengarah serantau WHO Hanan Balkhy pada Khamis.

Bekalan perubatan bernilai kira-kira USD$18 juta (sekitar RM71 juta) kini tersekat di situ manakala, penghantaran tambahan bernilai sekitar AS$8 juta yang sepatutnya tiba melalui laut tidak sampai ke hab berkenaan.

Gudang itu menyimpan ubat-ubatan dan peralatan perubatan yang digunakan untuk operasi kecemasan dan untuk menyokong sistem kesihatan lemah di seluruh dunia.

Ini termasuk bekalan untuk merawat individu yang cedera dalam konflik, mangsa gempa bumi atau banjir, dan ubat untuk keadaan seperti tekanan darah tinggi dan diabetes.

Dalam beberapa tahun, menurut WHO, hab Dubai membantu membekalkan ubat kepada lebih 20 juta orang di 70 negara.

Penyelaras kecemasan WHO Annette Heinzelmann berkata, agensi itu sedang meneliti sama ada bekalan kini boleh diangkut melalui darat daripada pusat logistik.

WHO yang berpangkalan di Geneva juga sedang menilai sama ada hab logistik lain di Brindisi, Itali, Nairobi, Kenya dan tempat lain boleh mengambil alih penghantaran.

Situasi di Asia Barat menjadi tegang sejak Sabtu (28 Februari), apabila Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran, diikuti serangan balas Tehran terhadap kepentingan AS di negara-negara Teluk. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Enam maut, kediaman perawatan runtuh di Brazil
Next: Hampir 15,000 jemaah umrah Indonesia pulang ke tanah air sejak 28 Februari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.