Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • WHA lulus cadangan kibar bendera Palestin di ibu pejabat, pejabat WHO
  • GLOBAL

WHA lulus cadangan kibar bendera Palestin di ibu pejabat, pejabat WHO

Utusan Sarawak 2 days ago
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus dilihat pada skrin menyampaikan laporannya di hadapan perwakilan semasa Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva pada 19 Mei 2025 lalu. Foto AFP

GENEVA: Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) pada Isnin meluluskan usul bagi membenarkan bendera negara pemerhati bukan ahli dikibarkan di ibu pejabat dan pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Anadolu Ajansi (AA).

Langkah itu membuka jalan untuk bendera Palestin dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota WHO yang lain.

Usul itu diluluskan dengan 95 undi menyokong, empat menentang — iaitu Israel, Hungary, Republik Czech dan Jerman — serta 27 berkecuali.

Menurut resolusi itu, bendera negara pemerhati bukan ahli di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan disusun selepas bendera negara anggota WHO, mengikut abjad.

Resolusi itu turut menegaskan bahawa langkah ini tidak memberi implikasi kepada status keahlian dalam organisasi berkenaan.

Perbincangan tertumpu kepada bendera Palestin secara khusus, dengan Resolusi 70/15 Perhimpunan Agung PBB dijadikan asas perundangan.

Draf resolusi berkenaan dikemukakan oleh 20 buah negara termasuk Malaysia, Algeria, Indonesia, Turkiye serta beberapa negara Arab dan Afrika.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Tindakan Israel di Gaza tidak boleh dijustifikasi sebagai ‘memerangi keganasan’  
Next: 19 cedera, lebih 250 rumah rosak akibat puting beliung di selatan Chile

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.