Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • West Ham kalahkan United di Old Trafford
  • SUKAN

West Ham kalahkan United di Old Trafford

Utusan Sarawak 20 hours ago

Pemain West Ham, Mohammed Kudus (kiri) cuba diasak pemain Manchester United, Mason Mount dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford. - Foto AFP

MANCHESTER: West Ham United mencatat kemenangan pertama di Old Trafford dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak 18 tahun lalu selepas menewaskan Manchester United 2-0 sebentar tadi, hasil jaringan Tomas Soucek dan Jarrod Bowen pada setiap babak perlawanan.

Dalam pertembungan dua pasukan yang bergelut di bahagian bawah carta liga musim ini, kemenangan itu membolehkan The Hammers memintas Manchester United di tangga ke-15 dengan 40 mata, berbaki dua perlawanan.

Skuad The Red Devils pula jatuh ke tangga ke-16 dengan 39 mata.

West Ham membuka jaringan pada minit ke-26 menerusi sentuhan Soucek yang menyudahkan gerakan menarik di sebelah kiri padang.

Mohammed Kudus melakukan hantaran lintang ke kawasan gol sebelum Soucek muncul tepat pada masanya untuk menolak bola masuk.

Bowen kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-57 apabila Kudus sekali lagi memainkan peranan penting. 

Larian solo Kudus diakhiri dengan satu rembatan yang terkena Aaron Wan-Bissaka, sebelum pemain pertahanan itu melorongkan bola kepada Bowen untuk disudahkan dari jarak dekat.

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim sebelum ini menyatakan tumpuan mereka kini lebih terarah kepada aksi final Liga Europa menentang Tottenham Hotspur pada 21 Mei yang mana kemenangan bakal menjamin slot ke Liga Juara-Juara. 

Namun kekalahan memalukan itu dilihat sebagai tamparan dalam persiapan mereka menjelang perlawanan penting di Bilbao.

Continue Reading

Previous: Kem Wushu Mukah 2025 platform terbaik asah bakat, timba pengalaman
Next: Rebut peluang timba ilmu di Kem Wushu Mukah 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.