
April ini.
MIRI: Orang ramai di kawasan Sibuti kini mempunyai akses lebih mudah kepada perkhidmatan kesihatan dan gaya hidup sihat apabila Wellness Hub Sibuti mula beroperasi bermula esok (1 April) ini.
Kemudahan yang terletak di Bekenu itu beroperasi dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang, menawarkan pelbagai perkhidmatan berteraskan pencegahan penyakit serta promosi kesihatan.
Antara perkhidmatan disediakan termasuk penilaian factor risiko kesihatan, perkhidmatan berhenti merokok, pengurusan berat badan melalui program iFitEr (I Fit and EatRight), serta runding cara amalan gaya hidup sihat.
Selain itu, pengunjung turut boleh memanfaatkan kemudahan seperti program kekal aktif, gimnasium serta galeri infosihat yang disediakan di pusat berkenaan.
Penubuhan Wellness Hub ini sejajar dengan usaha Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memperkasa komuniti untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mencegah penyakit tidak berjangkit.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada Sektor Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Bahagian Miri menerusi talian 085-441776.
Oleh Liong Chai Ling