Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Wellness Hub Bekenu bakal jadi pusat kesejahteraan terbesar di Malaysia
  • KESIHATAN

Wellness Hub Bekenu bakal jadi pusat kesejahteraan terbesar di Malaysia

Utusan Sarawak 13 hours ago
SELAMAT DATANG… Dato Lukanisman Awang Sauni dan Datuk Rosey Yunus ketika tiba di Festival ‘Sihat Itu Saya’ 2025 sambutan dengan tarian ngajat di Bekenu hari ini.

BEKENU: Wellness Hub Bekenu yang kini dalam proses pembinaan dijangka menjadi pusat kesejahteraan kesihatan terbesar di Malaysia dan siap sepenuhnya pada penghujung November ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Lukanisman Awang Sauni berkata fasiliti itu akan menjadi pusat sehenti untuk pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk penilaian risiko kesihatan, pengurusan berat badan, studio senaman, program berhenti merokok serta aktiviti komuniti sihat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Festival ‘Sihat Itu Saya’ 2025 di RTC Bekenu, yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Festival ini bertujuan mendekati komuniti akar umbi dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai gaya hidup sihat dan kesejahteraan diri.

“Festival anjuran Kementerian Kesihatan (KKM) menggabungkan program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) sebagai platform memperkukuh budaya hidup sihat,” katanya.

Menurut Dato’ Lukanisman, rakyat digalakkan mengamalkan lima komponen utama gaya hidup sihat: kekal aktif, makan sihat dan selamat, kawalan kesihatan kendiri, minda positif serta menjauhi rokok dan vape.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang festival termasuk saringan kesihatan, perkhidmatan pergigian, aktiviti kecergasan, pameran interaktif di laman MyCHAMPION serta reruai agensi kerajaan.

“Inisiatif Wellness on Wheels (WOW) Zoomers dan MyCHAMPION memberi fokus kepada perluasan capaian mesej kesihatan kepada komuniti luar bandar. Setakat ini, MyCHAMPION telah merekrut lebih 18,000 sukarelawan di seluruh negara, termasuk lebih 1,000 di Sarawak, yang berperanan sebagai ejen komuniti menyampaikan mesej kesihatan,” jelas beliau.

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, Datuk Rosey Yunus; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, Datuk Azah Hanim Ahmad; Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, Zaikiah Mohd Zin; serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: KKM batal notifikasi dua produk kosmetik beracun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.