Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik muncul juara Masters Malaysia
  • SUKAN

Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik muncul juara Masters Malaysia

Utusan Sarawak 4 days ago
JUARA Man Wei Chong (belakang, kanan) dan Kai Wun Tee (depan, kanan) bergambar bersama naib juara Aaron Chia (depan, kiri) dan Soh Wooi Yik (belakang, kiri) pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Perodua Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negaraMan Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya menebus kekecewaan sebagai naib juara edisi 2023 apabila muncul juara Masters Malaysia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking kelapan dunia mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten untuk mencatat kemenangan 21-12, 15-21, 21-16 dalam pertembungan sengit yang berlangsung selama 50 minit.

Kejayaan itu menafikan impian Aaron-Wooi Yik untuk merekodkan gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Thailand minggu lalu.

Pilihan kelima kejohanan itu tampil bertenaga seawal set pertama apabila mendahului 6-1 sebelum memanfaatkan siri kesilapan lawan, terutama di jaring, untuk menamatkan set berkenaan 21-12.

Namun, pasangan pilihan keempat, Aaron-Wooi Yik bangkit pada set kedua dengan permainan lebih kemas dan agresif untuk mengheret aksi ke set penentuan selepas menang 21-15. 

Aksi set ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu terikat 8-8 sebelum Wei Chong-Kai Wun memperkemas permainan dan mempertahankan kelebihan untuk menang 21-16 dalam perlawanan berdurasi 50 minit.

Kemenangan itu menjadikan mereka beregu Malaysia pertama menjuarai kategori lelaki di Malaysia Masters selepas kali terakhir dicapai Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2013.

Lebih manis, ini adalah kemenangan ketiga mereka dalam lima pertemuan menentang Aaron-Wooi Yik serta gelaran kedua musim ini selepas memenangi Masters Indonesia, Januari lalu.

Pada edisi 2023, Wei Chong-Kai Wun sekadar muncul naib juara selepas tewas tipis kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 15-21, 24-22, 19-21.

Sebagai juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai USD37,525 (RM159,000), manakala Aaron-Wooi Yik menerima USD18,050 (RM76,000) selaku naib juara.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron Chia-Wooi Yik untuk muncul juara Masters Malaysia
Next: Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.