Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron Chia-Wooi Yik untuk muncul juara Masters Malaysia
  • SUKAN

Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron Chia-Wooi Yik untuk muncul juara Masters Malaysia

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Wei Chong-Kai Wun melakar kejutan dengan menjuarai Masters Malaysia hari ini.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara Man Wei Chong-Tee Kai Wun akhirnya menebus kekecewaan sebagai naib juara edisi 2023 apabila muncul juara Masters Malaysia 2025 selepas mengejutkan rakan senegara yang juga juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking kelapan dunia mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten untuk mencatat kemenangan 21-12, 15-21, 21-16 dalam pertembungan sengit yang berlangsung selama 50 minit.

Kejayaan itu menafikan impian Aaron-Wooi Yik untuk merekodkan gelaran kedua berturut-turut selepas menjuarai Terbuka Thailand minggu lalu.

Pilihan kelima kejohanan itu tampil bertenaga seawal set pertama apabila mendahului 6-1 sebelum memanfaatkan siri kesilapan lawan, terutama di jaring, untuk menamatkan set berkenaan 21-12.

Namun, pasangan pilihan keempat, Aaron-Wooi Yik bangkit pada set kedua dengan permainan lebih kemas dan agresif untuk mengheret aksi ke set penentuan selepas menang 21-15.

Aksi set ketiga berlangsung sengit dengan kedua-dua beregu terikat 8-8 sebelum Wei Chong-Kai Wun memperkemas permainan dan mempertahankan kelebihan untuk menang 21-16 dalam perlawanan berdurasi 50 minit.

Kemenangan itu menjadikan mereka beregu Malaysia pertama menjuarai kategori lelaki di Malaysia Masters selepas kali terakhir dicapai Goh V Shem-Lim Khim Wah pada 2013.

Lebih manis, ini adalah kemenangan ketiga mereka dalam lima pertemuan menentang Aaron-Wooi Yik serta gelaran kedua musim ini selepas memenangi Masters  Indonesia, Januari lalu.

Pada edisi 2023, Wei Chong-Kai Wun sekadar muncul naib juara selepas tewas tipis kepada pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 15-21, 24-22, 19-21.

Sebagai juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$37,526 (RM159,000), manakala Aaron-Wooi Yik menerima AS$18,050 (RM76,000) selaku naib juara.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Kuching Marathon 2025, tarik penyertaan hampir 8,000 peserta
Next: Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik muncul juara Masters Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.