Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Wei Chong fokus pemulihan lutut menjelang BAC
  • SUKAN

Wei Chong fokus pemulihan lutut menjelang BAC

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMAIN beregu lelaki negara Man Wei Chong dan Tee Kai Wun ketika sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Persatuan Badminton Negara, Bukit Kiara hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemain beregu lelaki negara Man Wei Chong mahu menumpukan kepada proses pemulihan kecederaan lutut kanan menjelang Kejohanan Badminton Asia (BAC) Ningbo, China awal bulan depan.

Walaupun doktor mengesahkan beliau tidak perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan dialami ketika Kejohanan All England 2026 awal bulan ini, Wei Chong berharap kecederaan itu tidak berulang dan menjejaskan penampilannya di Ningbo kelak.

“Sekarang ini paling penting kena jaga keadaan, jaga pemulihan, kuatkan otot,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad badminton kebangsaan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini hari ini.

Ditanya mengenai persiapannya menjelang kejohanan BAC, beliau mengakui semua berjalan lancar seperti dirancang.

Menurut Wei Chong, pasangannya Tee Kai Wun turut memberi sokongan moral yang sedikit sebanyak membantunya mengekalkan fokus serta keyakinan menjelang kejohanan tersebut.

“Sekarang ada masa satu minggu lagi untuk persiapan BAC, saya pun akan buat sehabis baik di sana.

“Saya rasa pasangan (Tee Kai Wun) saya juga bagus sebab dia boleh faham situasi saya dan banyak bantu saya di gelanggang,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Salah tinggalkan Liverpool hujung musim ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.