Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Waymo bakal lancar teksi tanpa pemandu di London tahun hadapan
  • GLOBAL

Waymo bakal lancar teksi tanpa pemandu di London tahun hadapan

Utusan Sarawak 4 days ago
GAMBAR hiasan.

London, United Kingdom: Syarikat kenderaan pandu sendiri dari Amerika Syarikat, Waymo, hari ini mengumumkan rancangan untuk melancarkan perkhidmatan roboteksi (teksi tanpa pemandu) di London pada tahun hadapan, selaras dengan usaha United Kingdom membangunkan pasaran kenderaan autonomi.

Pelancaran di London ini bakal menjadi kemasukan pertama Waymo ke pasaran Eropah. Syarikat ini dimiliki oleh Alphabet, syarikat induk Google, dan telah beroperasi semakin banyak bandar di Amerika Syarikat.

Di bawah projek perintis ini, orang awam akan dapat menempah teksi tanpa pemandu melalui aplikasi mudah alih, sebaik sahaja syarikat tersebut memperoleh kelulusan daripada pihak berkuasa.

“Kami telah membuktikan bagaimana untuk mengembangkan perkhidmatan pandu sendiri sepenuhnya secara bertanggungjawab, dan kami tidak sabar untuk membawa manfaat teknologi kami ke United Kingdom,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Waymo, Tekedra Mawakana.

Britain meluluskan Akta Kenderaan Autonomi pada tahun lalu bagi membolehkan sejumlah kecil perkhidmatan tanpa pemandu beroperasi secara percubaan, sebagai usaha merangsang sektor yang masih ketinggalan berbanding Amerika Syarikat dan China.

Syarikat e-hailing Uber dan syarikat pemula UK, Wayve, turut mengumumkan rancangan pada Jun lalu untuk melancarkan teksi tanpa pemandu di UK tahun depan.

Syarikat teknologi internet China, Baidu, pula merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan roboteksi di UK menerusi aplikasi perkongsian kenderaan Lyft.

Menteri Pengangkutan, Heidi Alexander, berkata pengembangan sektor kenderaan autonomi akan meningkatkan pilihan pengangkutan yang mudah diakses, di samping membawa peluang pekerjaan, pelaburan dan pembangunan.

Waymo dan Jaguar Land Rover telah bekerjasama membangunkan kereta elektrik pandu sendiri yang digunakan dalam perkhidmatan e-hailing mereka di AS dan Tokyo. -AFP

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 4.6 magnitud landa Papua New Guinea
Next: Jepun catat lebih 31 juta pelancong, rekod terpantas capai 30 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.