Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wawasan bukan parti pembangkang, fokus politik konstruktif – Affendi
  • TEMPATAN

Wawasan bukan parti pembangkang, fokus politik konstruktif – Affendi

Utusan Sarawak 7 hours ago
AFFENDI Jeman ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Wawasan Rakyat di Kesuma Resort.

KUCHING: Presiden Parti Wawasan Rakyat, Affendi Jeman menegaskan partinya bukan sebuah parti yang bertujuan menentang kerajaan, sebaliknya mengamalkan pendekatan politik konstruktif demi kepentingan rakyat dan negeri.

Menurut beliau, parti itu menolak budaya politik berasaskan penentangan semata-mata tanpa hala tuju yang jelas, sebaliknya tampil dengan cadangan serta penyelesaian praktikal.

“Pendekatan politik kami berteraskan politik konstruktif dan bertanggungjawab. Kita tidak mahu hanya menjadi pembangkang tanpa arah, tetapi mahu membawa solusi dan penambahbaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Parti Wawasan Rakyat di Kesuma Resort, hari ini.

Mengulas lanjut, Affendi menegaskan matlamat utama parti adalah untuk berada dalam kerajaan bagi membolehkan mereka berkhidmat secara lebih efektif kepada rakyat.

“Kita mesra dengan semua pihak termasuk kerajaan sedia ada. Matlamat kita adalah untuk berada dalam kerajaan supaya kita boleh berkhidmat kepada rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan hasrat parti untuk bertanding sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, selain menyatakan kesediaan untuk menambah jumlah tersebut jika berlaku pertambahan kerusi.

Affendi juga mengesahkan beliau sendiri akan bertanding, termasuk menawarkan diri sebagai calon di kawasan Pantai Damai.

Pada masa sama, beliau mengulangi pendirian parti yang tidak bersetuju dengan cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya buat masa ini, dengan menyifatkan langkah tersebut tidak sesuai dilaksanakan ketika keadaan semasa.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Wanita dari Limbang hidap kanser darah, rayu sumbangan orang ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.