Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Washington arah 100,000 penduduk berpindah ketika banjir landa sungai Skagit, Snohomish
  • GLOBAL

Washington arah 100,000 penduduk berpindah ketika banjir landa sungai Skagit, Snohomish

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki berhenti untuk merakam gambar menggunakan telefon bimbit ketika air banjir dari Sungai Snohomish meliputi sebahagian Laluan Negeri 9 di Snohomish, Washington, pada 11 Disember 2025. Puluhan ribu orang berada di bawah arahan pemindahan pada Khamis di kawasan barat Amerika Utara, selepas beberapa hari hujan lebat memaksa sungai melimpah. Ribut telah melanda negeri Washington di AS dan British Columbia di seberang sempadan Kanada selama beberapa hari, dengan paras sungai terus meningkat. Foto AFP

ISTANBUL: Washington pada Khamis mengarahkan 100,000 penduduk berpindah ketika banjir besar terus melanda bahagian barat negeri itu, dengan kesan paling buruk di sepanjang Sungai Skagit dan Snohomish, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami menjangkakan sehingga 100,000 penduduk Washington berdepan arahan pemindahan,” kata Gabenor Bob Ferguson sambil mengisytiharkan darurat di seluruh negeri.

Daerah Skagit mengeluarkan arahan pemindahan Tahap Tiga untuk semua penduduk di kawasan dataran Sungai Skagit, menggesa mereka berpindah ke kawasan lebih tinggi serta-merta. 

Daerah Skagit turut menutup semua perkhidmatan kerajaan tidak penting termasuk mahkamah daerah dan mahkamah tinggi. 

Perkhidmatan penting termasuk pengurusan kecemasan, keselamatan awam dan penyelenggaraan jalan terus beroperasi.

Anggota Pengawal Kebangsaan Washington kini mengisi beg pasir bagi membantu pihak penyelamat yang memberi sokongan kepada penduduk terjejas.

Eastside Fire and Rescue menyelamatkan kira-kira 20 penduduk yang terperangkap di rumah atau kenderaan sejak 24 hingga 48 jam lalu, lapor Seattle Times.

Seluruh delegasi Kongres Washington turut menggesa Presiden Donald Trump meluluskan pengisytiharan darurat segera bagi menangani banjir itu.

Penduduk dinasihatkan mengelak perjalanan yang tidak perlu, mengikuti pengumuman rasmi dan mematuhi arahan keselamatan serta pemindahan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Jepun keluar amaran tsunami bagi Utara, Timur Laut selepas gempa 6.7 skala Richter
Next: Pihak berkuasa Arab Saudi ketengah sistem perkhidmatan bersepadu untuk kemudahan umrah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.