Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wartawan perlu kuasai teknologi, kekal beretika
  • SEMASA

Wartawan perlu kuasai teknologi, kekal beretika

Utusan Sarawak 3 weeks ago
UNTUK ALBUM…Dato Sri Lee Kim Shin bersama yang lain merakamkan gambar kenangan pada majlis Perasmian Karnival Sukan Media Sarawak (KASUMeS) Zon Utara Bersempena Hari Wartawan Nasional Peringakat Sarawak 2025 di Miri hari ini.

MIRI: Peranan wartawan semakin mencabar dan signifikan dalam era digitalisasi tanpa sempadan ini, kata Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin.

Katanya, dalam dunia yang semakin didorong oleh teknologi dan digitalisasi, para wartawan juga perlu sentiasa meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyesuaikan diri dengan perubahan landskap penyampaian maklumat.

“Penguasaan teknologi, etika kewartawanan digital, dan literasi media perlu sentiasa diperkasa agar kita tidak ketinggalan dalam era maklumat yang pantas dan mencabar ini.

“Saya menggesa agar semua pengamal media terus komited dalam menegakkan prinsip kewartawanan yang profesional, berintegriti dan beretika tinggi.

“Sikap ini amat penting dalam memastikan media kekal sebagai institusi yang dihormati dan dipercayai masyarakat,” katanya.

DATO Sri Lee Kim Shin bergambar ketika menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Perasmian Karnival Sukan Media Sarawak (KASUMeS) Zon Utara Bersempena Hari Wartawan Nasional Peringakat Sarawak 2025 di sini, hari ini.

Menurut Kim Shin, beliau percaya, warga media di Miri dan seluruh zon utara Sarawak telah menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah.

“Komitmen tinggi dalam melaporkan berita yang sahih dan berimbang telah menyumbang kepada peningkatan kepercayaan rakyat terhadap aspirasi dan hala tuju kerajaan Sarawak.

” Di peringkat kerajaan Sarawak, kami sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan pihak media dalam menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan secara terbuka, telus dan berfakta.

” Kita percaya, melalui hubungan baik antara kerajaan dan media, kita dapat bersama-sama membina masa depan Sarawak yang lebih cemerlang dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata, kewartawanan bukan sahaja tentang penyampaian berita, tetapi turut melibatkan tanggungjawab sosial yang besar dalam membentuk pemikiran rakyat, memelihara keharmonian, serta memperkukuh kepercayaan terhadap dasar-dasar pembangunan yang diperkenalkan oleh kerajaan.

“Kerajaan Sarawak amat menghargai sumbangan besar warga media dalam membantu menyampaikan maklumat yang tepat dan berkesan kepada rakyat, khususnya berkaitan dasar, inisiatif dan perkhidmatan kerajaan yang sejajar dengan agenda pembangunan Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“PCDS 2030 adalah pelan pembangunan komprehensif yang menjadi panduan utama kerajaan Sarawak untuk mencapai status wilayah maju menjelang tahun 2030.

“Dalam hal ini, media memainkan peranan penting sebagai jambatan komunikasi antara kerajaan dan rakyat, agar segala aspirasi pembangunan dapat difahami dan disokong secara menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat,”katanya.

Beliau berharap agar Hari Wartawan Nasional Peringkat Sarawak ini menjadi satu titik tolak kepada pengukuhan peranan media sebagai ejen perpaduan, kemajuan dan pembangunan wilayah ini.

“Teruskan usaha murni ini dengan penuh dedikasi dan integriti demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Sarawak tercinta,” katanya.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: SOM ASEAN beri penghormatan kepada bekas Presiden Vietnam Tran Duc Luong
Next: Kesuma ingatkan majikan jaga hak pekerja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.