Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wartawan kekal relevan sebagai benteng maklumat sahih dalam era media sosial
  • SEMASA

Wartawan kekal relevan sebagai benteng maklumat sahih dalam era media sosial

Utusan Sarawak 3 hours ago
TIMBALAN Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol.

KUCHING: Peranan wartawan dan kewartawanan kekal relevan serta penting dalam era media sosial yang menyaksikan penyebaran maklumat berlaku dengan pantas tanpa semestinya melalui proses pengesahan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, kewartawanan berfungsi sebagai benteng utama dalam memastikan masyarakat menerima maklumat yang tepat, sahih dan bertanggungjawab.

“Walaupun sesiapa sahaja kini boleh berkongsi maklumat menerusi pelbagai platform digital, wartawan tetap memainkan peranan penting dalam menjalankan semakan fakta, mendapatkan pengesahan daripada sumber yang sah serta memastikan laporan disampaikan secara seimbang.

“Dalam era media sosial hari ini, sesiapa sahaja boleh menjadi penyampai maklumat. Berita, gambar dan video boleh disebarkan ke seluruh dunia hanya dalam beberapa saat.

“Namun, kelajuan penyebaran maklumat tidak semestinya menjamin ketepatan dan kebenarannya. Di sinilah letaknya nilai sebenar kewartawanan,” katanya dalam perutusan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA).

Beliau berkata, ketika media sosial dipenuhi pelbagai dakwaan, spekulasi dan maklumat yang belum tentu kesahihannya, masyarakat masih memerlukan wartawan sebagai penapis maklumat yang boleh dipercayai.

Selain itu, katanya kewartawanan yang beretika turut berperanan memerangi berita palsu, fitnah dan manipulasi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

Abdullah berkata, wartawan juga berfungsi sebagai penghubung antara rakyat dan pihak berkepentingan dengan membawa suara masyarakat kepada pembuat dasar serta membantu menjelaskan dasar dan inisiatif kerajaan kepada rakyat.

“Peranan ini menjadi semakin penting dalam dunia yang semakin kompleks, terutama apabila masyarakat berdepan isu berkaitan ekonomi, teknologi, keselamatan siber, perubahan iklim dan pembangunan yang memerlukan penjelasan tepat serta berasaskan fakta,” jelasnya.

Tambah beliau, walaupun teknologi dan platform komunikasi terus berubah, prinsip asas kewartawanan akan kekal relevan selagi masyarakat memerlukan kebenaran, ketelusan dan akauntabiliti.

Sehubungan dengan itu, beliau menggesa semua pihak agar terus mempertahankan kebebasan media yang bertanggungjawab, memperkukuh integriti kewartawanan dan memastikan profesion berkenaan terus dihormati sebagai tonggak penting dalam negara demokratik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga media termasuk wartawan, jurufoto, jurukamera, editor dan petugas industri media atas dedikasi mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.

“Terima kasih atas dedikasi, keberanian dan komitmen anda dalam menyampaikan berita demi kepentingan masyarakat dan negara,” ujarnya.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aplikasi pintar MyJPJ rekod 14 juta pengguna seluruh negara
Next: Tapak perkhemahan Pengakap, Pandu Puteri di Matang capai 70 peratus siap

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.