Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Wartawan jadi ‘mata, telinga dan pena’ rakyat – Fadillah
  • SEMASA

Wartawan jadi ‘mata, telinga dan pena’ rakyat – Fadillah

Utusan Sarawak 2 days ago
FOTO Facebook Datuk Seri Fadillah Yusof.

KUALA LUMPUR: Peranan wartawan berlandaskan prinsip ketelusan, tanggungjawab dan integriti amat dihargai dan penting dalam landskap media yang kian mencabar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sempena Hari Wartawan Nasional 2025 (HAWANA) hari ini, Fadillah menerusi hantaran X berkata tanpa usaha wartawan, demokrasi di negara ini tidak dapat berfungsi dengan matang serta suara rakyat mungkin tenggelam dalam gelombang maklumat yang mengelirukan.

Beliau berkata wartawan bukan sekadar penyampai berita sebaliknya mata yang melihat realiti, telinga mendengar denyut nadi rakyat serta pena mencorakkan pemahaman masyarakat terhadap perkara penting dan dasar kerajaan.

Fadillah juga percaya media yang bebas dan bertanggungjawab adalah rakan strategik kerajaan dalam membina negara progresif, bersatu dan berdaya tahan. 

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh rakan media tanah air atas komitmen dan pengorbanan kalian semua dalam melaksanakan amanah demi rakyat dan negara.

 “Selamat Hari Wartawan Nasional 2025. Teruskan menyuarakan kebenaran. Teruslah menjadi suara rakyat. Terima kasih sekali lagi atas jasa dan pengorbanan kalian semua,” katanya. 

Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan merasmikan sambutan berkenaan dengan anggaran kehadiran kira-kira 1,000 pengamal media dari dalam dan luar negara.

HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini selepas penganjuran kali pertama pada 2018, merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Korea Selatan sedia perluas kerjasama bidang pembangunan dengan Malaysia- Nanta
Next: Program ‘Little Hajj’ didik murid prasekolah fahami ibadah haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.