Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wartawan Indonesia berdepan gaji rendah, ketidakpastian kerja
  • GLOBAL

Wartawan Indonesia berdepan gaji rendah, ketidakpastian kerja

Utusan Sarawak 3 weeks ago

JAKARTA: Wartawan di Indonesia terus berdepan dengan isu gaji rendah, pekerjaan tidak tetap dan peningkatan kehilangan kerja, menurut satu tinjauan baharu sempena Hari Pekerja Antarabangsa.

Kajian peringkat nasional oleh Perikatan Wartawan Bebas (AJI) yang melibatkan lebih 2,000 wartawan mendapati majoriti mereka menerima bayaran di bawah standard industri dan tidak memiliki kontrak tetap.

Pengerusi AJI Nany Afrida, berkata keadaan itu tidak menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan beban kerja dan risiko tinggi tidak sepadan dengan pendapatan yang diterima.

“Keadaan pekerja media pada Hari Pekerja kali ini tidak banyak berubah berbanding sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menyifatkan gangguan digital sebagai antara faktor utama apabila pengiklan semakin beralih ke platform media sosial, menyebabkan agensi berita tradisional kehilangan pendapatan dan semakin bergantung kepada automasi – sekali gus mengurangkan keperluan kepada wartawan.

“Ada syarikat yang menggunakan keadaan ini sebagai alasan untuk melaksanakan kontrak kerja yang bersifat eksploitasi sehingga bertahun-tahun,” tambahnya.

AJI menggesa kerajaan Indonesia untuk menyokong sektor media bebas dengan mengekalkan kebebasan editorial, termasuk ketika menempatkan iklan kerajaan, selain menyeru wartawan supaya menubuhkan kesatuan bagi mengukuhkan kuasa tawar-menawar.

Pertubuhan itu turut menuntut bayaran pampasan pemberhentian kerja yang adil kepada wartawan yang kehilangan pekerjaan, selaras dengan undang-undang buruh Indonesia.

Indonesia kini berada di kedudukan ke-111 daripada 180 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, mencerminkan tekanan berterusan ke atas wartawan dan pekerja media di negara itu. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Indonesia tubuh Majlis Kebajikan Pekerja perkukuh hak buruh  
Next: PRU2025 Singapura: Lebih 2.75 juta pengundi tentukan hala tuju baharu negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.