Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Wartawan AS didakwa terlibat keganasan, hasutan
  • GLOBAL

Wartawan AS didakwa terlibat keganasan, hasutan

Utusan Sarawak 3 years ago

(FILES) This file undated image courtesy of the Fenster Family released on June 4, 2021 shows US journalist Danny Fenster. - A US journalist detained for months by Myanmar's junta has been charged with terrorism and sedition, his lawyer told AFP on November 10, 2021 and could face life in prison if convicted. (Photo by Fenster Family / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE - MANDATORY CREDIT "AFP PHOTO / Courtesy of the Fenster Family" - NO MARKETING - NO ADVERTISING CAMPAIGNS - DISTRIBUTED AS A SERVICE TO CLIENTS

GAMBAR fail tanpa tarikh ihsan keluarga Fenster yang dikeluarkan pada 4 Jun lalu menunjukkan wartawan AS Danny Fenster. Fenster yang ditahan selama berbulan-bulan oleh junta Myanmar telah didakwa dengan keganasan dan hasutan di Myanmar.•Foto AFP

YANGON: Seorang wartawan AS yang ditahan selama berbulan-bulan oleh junta Myanmar telah didakwa dengan keganasan dan hasutan, kata peguamnya semalam dan boleh berdepan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Danny Fenster yang ditangkap ketika dia cuba meninggalkan negara itu pada Mei lalu, telah dikenakan dua pertuduhan di bawah Seksyen 50(a) Undang-Undang banteras Keganasan dan 124(a) Kanun Keseksaan,” kata peguamnya, Than Zaw Aung.

Sabit kesalahan di bawah undang-undang anti-keganasan membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup.

Fenster, 37, sudah pun dibicarakan kerana didakwa menggalakkan perbezaan pendapat terhadap tentera, persatuan yang menyalahi undang-undang dan melanggar undang-undang imigresen.

Tuduhan baharu itu dibuat beberapa hari selepas bekas diplomat Amerika Syarikat (AS) dan perunding tebusan, Bill Richardson bertemu Ketua Junta Min Aung Hlaing di ibu negara Naypyidaw, memberikan publisiti yang jarang berlaku kepada junta yang semakin terpencil.

Fenster dipercayai dijangkiti Covid-19 semasa penahanannya, kata ahli keluarga semasa panggilan persidangan dengan wartawan AS pada Ogos lalu.

Myanmar bergolak sejak tentera merampas kuasa dalam rampasan kuasa 1 Februari lalu dan menggulingkan kerajaan yang dipilih, Aung San Suu Kyi.

Menurut Kumpulan Pemantau Tempatan, lebih 1,200 orang dibunuh oleh pasukan keselamatan dalam tindakan keras terhadap perbezaan pendapat.

Akhbar juga telah dihimpit kerana junta cuba mengetatkan kawalan ke atas aliran maklumat, menyekat akses internet dan membatalkan lesen media tempatan. -AFP

Continue Reading

Previous: 21 selamat bangunan runtuh
Next: Hospital di Greece semakin sesak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.