Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Warisan tradisi kekal pilihan, lemang dan kelupis laris menjelang Aidilfitri
  • BISNES

Warisan tradisi kekal pilihan, lemang dan kelupis laris menjelang Aidilfitri

Utusan Sarawak 6 hours ago
 PENIAGA lemang, Ayu Wan Ali.-Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Tinjauan sekitar Kota Samarahan mendapati peniaga lemang dan kelupis menerima sambutan memberangsangkan apabila orang ramai mula membuat persiapan awal menjelang Hari Raya.

Peniaga lemang, Ayu Wan Ali berkata, beliau menyediakan lebih 100 batang lemang setiap hari termasuk lemang original dan lemang pandan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Menurutnya, lemang pandan menjadi antara pilihan utama pembeli selain lemang biasa yang turut mendapat sambutan.

PENIAGA lemang, Mohamad Johari.-Foto Norman B

“Lemang dijual pada harga RM10 dan RM12, namun kebanyakan pelanggan memilih yang RM10 kerana lebih berpatutan,” katanya.

Beliau menambah, resipi yang digunakan merupakan warisan keluarga yang dipelihara sejak turun-temurun.

Ayu turut memaklumkan bahawa jualannya mula meningkat sejak sehari sebelum ini.

PENIAGA kelupis pandan, Hasbi.-Foto Norman B

“Sejak semalam lagi orang sudah datang membeli, mungkin mahu buat persediaan awal sebelum raya,” katanya.

“Permintaan sangat menggalakkan sehingga saya berjaya menjual lebih 100 batang lemang semalam dan semuanya habis,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga lemang, Mohamad Johari berkata, beliau turut menggunakan resipi keluarga yang diwarisi bagi mengekalkan keaslian rasa.

GERAI lemang dan kelupis.Foto Norman B

Katanya, corak pembelian pelanggan berubah apabila mereka memilih untuk membeli lebih awal.

“Orang ramai sudah mula membeli sejak semalam, mungkin untuk elak kehabisan stok pada saat akhir,” jelasnya.

“Ada juga pelanggan yang mahu mengelakkan kesibukan pada hari raya, jadi mereka datang lebih awal,” tambahnya.

Dalam pada itu, peniaga kelupis, Hasbi berkata, jualannya turut meningkat apabila permintaan semakin bertambah sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kelupis yang dihasilkan menggunakan resipi keluarga terus mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.

“Sejak semalam lagi jualan semakin rancak kerana ramai yang mula membuat persiapan awal,” katanya.

“Ada pelanggan yang terus membeli dalam jumlah banyak kerana tidak mahu berdepan kekurangan bekalan nanti,” ujarnya.

Hasbi turut memaklumkan bahawa bekalan daun untuk membungkus kelupis tidak menjadi masalah.

“Di kampung saya, daun pembalut kelupis mudah diperoleh kerana banyak tersedia,” katanya.

Dalam perkembangan sama, suasana menjelang Hari Raya di kawasan berkenaan semakin meriah dengan kehadiran orang ramai yang berpusu-pusu mendapatkan juadah tradisi.

Peningkatan jualan ini bukan sahaja mencerminkan sambutan hangat masyarakat terhadap lemang dan kelupis, malah menjadi sumber rezeki bermakna buat para peniaga yang terus gigih mengekalkan warisan turun-temurun setiap kali musim perayaan tiba.

Oleh Norman B

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia dibuka rendah, ambil petunjuk kelemahan di Wall Street
Next: Usahawan tempatan bangkit, muruku Abang Ujang jadi pilihan ramai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.