Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warisan tenunan merentas nusantara di Festival Kraf Tangan Borneo 2025
  • TEMPATAN

Warisan tenunan merentas nusantara di Festival Kraf Tangan Borneo 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
DEMONSTRASI pembuatan kain songket Terengganu dan pua kumbu.

KUCHING: Warisan seni tenunan dari seluruh Nusantara menyerikan Festival Kraf Tangan Borneo 2025 yang diadakan bersempena Regata Sarawak di Tebingan Kuching.

Utusan Sarawak berkesempatan melawat reruai Institut Kraf Negara (IKN) yang mempamerkan demonstrasi proses pembuatan kain songket Terengganu dan pua kumbu, dua warisan tekstil yang melambangkan kehalusan seni dan identiti masyarakat Malaysia.

Bagi songket Terengganu, prosesnya melalui sepuluh peringkat termasuk mencelup benang, menerai, menganing, menggulung, menyampak, mengarat, menjalin, menyongket, mengangkat butang dan menenun sebagai peringkat akhir

DEMONSTRASI pembuatan kain songket Terengganu dan pua kumbu.

Sementara itu, Pua Kumbu yang menjadi kebanggaan masyarakat Iban di Borneo turut ditenun mengikut langkah tradisional, bermula daripada penyediaan rumah tenun, bahan, ‘mengirit’, ‘menegi’, lubang belebas, ‘muai’, melepat, lekat di tangga, mengikat, mewarna hingga menenun.

Demonstrasi ini bukan sahaja memperlihatkan keunikan warisan dua dunia tenunan, tetapi juga menyatukan seni dan budaya antara Semenanjung dan Borneo di bawah satu bumbung.

Oleh Adele Rissa & Amanda L

Continue Reading

Previous: Parang ilang buah tangan popular dari Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.