Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Warisan, kepelbagaian juadah hiasi Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025
  • TEMPATAN

Warisan, kepelbagaian juadah hiasi Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025

Utusan Sarawak 12 hours ago
FESTIVAL Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025 membuka tirainya hari ini di Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Foto Norman B

KOTA SAMARAHAN: Festival Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025 dengan tema Sambutan Warisan dan Rasa membuka tirainya hari ini di Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), menampilkan pelbagai keunikan budaya serta kepelbagaian cita rasa tempatan yang menjadi identiti masyarakat setempat.

Pengunjung festival berpeluang menyaksikan pelbagai persembahan kebudayaan menarik serta mengambil bahagian dalam aktiviti interaktif yang sesuai untuk seisi keluarga. Festival ini berlangsung mulai hari ini hingga 29 November depan.

FESTIVAL Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025 membuka tirainya hari ini di Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Foto Norman B

Antara pengisian menarik termasuk pertandingan karaoke dan pelbagai aneka jualan makanan tradisional serta moden yang memikat selera.

Malam Perasmian rasmi festival dijadualkan berlangsung malam esok dan akan disempurnakan oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan merangkap Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Wang. 

FESTIVAL Makanan dan Kebudayaan Samarahan 2025 membuka tirainya hari ini di Pasar Tamu Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Foto Norman B

Majlis tersebut dijangka menarik kehadiran lebih ramai pengunjung, sekali gus menyerlahkan festival ini sebagai platform penting dalam memartabatkan warisan dan budaya Samarahan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Educare Wonderland dirasmikan, galak pembelajaran awal secara kreatif dan tidak formal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.